Wednesday, December 1, 2010

Tak perlu bertanya banyak kali

Begitu ramai kawan dan family aku bertanya, macam mana rupa bass kau?
Aksessori?
Strap bass?

Walaweh. Banyak betul persoalan bercurah curah macam air bocor depan rumah aku ni. Baiklah, disebabkan y'all betanya macam Melodi nak terjah Siti Nurhaliza, biar aku bagi tahu semua tentang bass aku.


INI BEG BASS AKU
RM 60. Maaf, aku tak jual.


Jenama Tarrega. Aku tak mampu nak beli Ritter atau Fender dan sebagainya sebab beg gig yang berjenama adalah amat mahal. Kain keras, kukuh dan berlapik gabus untuk dalam. Tapi kalau ketuk lantai, aku tak jamin leher bass ni tak patah. Aku simpan semua aksesori dan bass dalam beg ni.

APA ADA DALAM BEG?

1. Strap

Kenapa tenung lama-lama? Strap pun nak jakun ke?

Kalau anda bertanya, kenapa tak beli patern lawa, gambar naga, logo tengkorak, warna kuning, ada lock, bla bla.....
Aku jawab satu ayat je. Murah. Siap aku tebalkan perkataan tu lagi. Dan aku tak suka warna kuning.

Harga RM15. Lubang strap ni kulit dan jenama Tarrega juga. Kain strap kapas rasanya.

2. Kain lap

Kain lap untuk apa?Aku nak lap bass gitar aku! Takkan nak lap buntut kan?

Jenama stingray. Warna kuning (aku benci kuning). Dari mana dapat? Dalam setor, jadi aku tak tahu harganya. Dan aku sekalikan dengan...

3.Minyak Baby Johnson Mild

Aku suka bau minyak ni. No more tears!

Aku buat apa dengan minyak ni? Oh, aku tak guna minyak ni. Minyak ini amat berguna jika anda semua nak mengilatkan semula perabot kayu dan gitar anda. Percaya cakap aku, daripada belanja RM60 untuk wax polish di kedai muzik yang teramatlah mahal beli sahaja sebotol. Harga sebotol aku beli RM6.80 di kedat Titi I LOVE TITI FOREVER!. RM60 tu lebih baik anda ajak awek anda makan di secret recipe untuk satu malam dating. Sayang dapat, perut pun kenyang. Wakakakakak.

dan item paling penting:

4.TGM Jazz Bass
RM270. Warna biru. Ada soalan?

Ada bau kedai? Oh tidak. Aku beli bass ni second hand. Tak mampu nak beli first hand. Padan muka aku.
Bridge yang agak uzur. Tapi bunyi masih sedap


Bunyi bass ni outstanding daripada bunyi gitar bass Yamaha di Bukit Tinggi. Aku tak tipu. Bunyi gitar TGM ni lagi crisp dan dalam. Leher bass aku tak tahu daripada kayu apa.

Jenama TGM. Aku tahu kau kaya beli fender mahal-mahal.
Pergi mati.

TGM ni jenama gitar murah, jadi janganlah tanya kenapa fender kau tu lagi cantik, ibanez aku ni lagi sedap bunyinya. Aku miskin, nak gaduh?
Ini ialah leher dan kepala (headstock) gitar bass...

dan ini badan gita bass. Jangan tanya pasal tangan dan kaki.

Aku rasa setakat ini sahaja bicara aku tentang bass ini. Kalau ada persoalan dan kemusykilan, sila komen.

Aku benci warna kuning. Selamat malam.






1 comment: