Sunday, December 12, 2010

Masa kecil dahulu

Aku memang Kambing Hitam dalam keluarga. Sejak dulu lagi. Dan semua ahli keluarga aku, entahlah, macam ada niat mengsisihkan aku.

Ini kisah benar, bukan satu cerita dongeng Peterpan atau Cinderella. Ini kisah seorang budak yang malang.

1. Berfikir
Sejak kecil, aku membina satu sifat yang biasa tetapi pada kadar yang tinggi: berfikir. Aku befikir apa yang ingin aku fikirkan. Aku selalu fikrkan masa depan mak aku, pekerjaan , pelajaran and else sampi aku terus termenung macam begitu fokus dalm berfikir.

Aku memang suka berfikir, sehinggakan saudara-mara menegur aku kerana begitu ghairah termenung jauh.
Berfikir sejenak lebih baik daripada beribadat setahun -Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiallahu Anhu yang dipetik oleh Ibnu Habban

Hadis yang aku sertakan adalah daipada sebuah blog ini sama seperti yang disampaikan oleh guru bahasa melayu aku, Cikgu Rizuan bin Atan. Tetapi, sebab utama  aku selalu berfikir dan termenung adalah:

Aku tiada teman bercakap
Setiap kali aku berkata-kata atau menimbulkan sesebuah topik untuk dibual bersama, aku dihiraukan. Tidak kira ibu bapaku sendiri, adik beradik atau rakan karib, aku susah mengupas perbualan mereka kerana aku ada kecacatan dalam bersosial. Kawan yang berada di sekolah selalu juga berbual dengan aku, tetapi isu yang mereka bualkan susah untuk aku kupas. Aku disisihkan jika tersalah kata.

Pada sudut pandangan aku, aku lebih berminat menyataan sesuatu yang intelektual berbanding satu topik kosong yang tidak membawa perubahan dalam hati dan nurani seseorang. Sebab itu Allah SWT menciptakan mulut manusia agar setiap manusia dapat membantu kaumnya sendiri melalui bersosial.

2. Aku mangsa

Aku sudah melalui pelbagai tuduhan-tuduhan berat sejak aku masuk sekolah rendah. Dahulu, aku pernah membel sebuah kotak pensel yang boleh bertukar menjadi papan snooker. Harganya pada masa itu RM 5.00
Aku pada masa it darjah dua, dan tersempak dengan rakan-rakanku yang begitu exited bermain snoker mini di kelas. Aku terus kumpul satu ringgit setiap hari dan membeli kotak pensel yang diidamkan.

Hatiku puas. Aku pulang ke rumah dan bermain dengan adikku.

"Main apa tu?" ayahku bersuara.

Aku terdiam. Bapaku bertanya dari manakh ku mendapat kotak peensel tersebut. Aku diam lagi.
PIAPP
Bapaku terus melekapkan lima jari ke pipi dalam satu libasan. Dalam kelajuan Mach 1, tersembam pipiku merah lebam. Ibuku pula membuka beg sekolah ku. Ada dua kerja sekolah masih belum disiapkan. 

"Kerja sekolah tidak siap lagi", ibuku pula menjerit.

ZUSSS
Satu sebatan kelajuan cahaya terus ke kepala. Dibuatnya kepala aku macam hendak membelah kelapa.

Disimpulkan di sini, sebab satu benda remeh iaitu satu kotak pensil, proses pengajaran di atas diteruskan sampai lewat 12 malam. Aku gembira, sebab kau semua tidak merasai apa yang aku rasa.

Malah, aku juga pernah disebat sebab mencuri ikan mainan (seriously?) seorang pelajar. Tanpa bukti. Tanpa alibi. Tanpa saksi. Satu sebatan rotan terus diberi secara tunai ke tanganku ini. Padan muka aku. Dan ini terus membawa ke point yang ketiga.

3. Aku didera.

Dera yang aku maksudkan ialah semua jenis deraan. Aku tidak menyalahkan ibu bapaku dalam konteks ini, mereka hanya mengajar, dan mereka layak melakukannya ke atas aku. Aku lansung tiada perasaan benci atas ibu bapaku.

Yang aku tak puas hati, aku didera PALING teruk, sehingga tingkatan tiga.
Ya, tingkatan tiga.
Adik beradik aku tidak mengalami seteruk aku.
Aku tidak pernah dilindungi.
Aku tidak pernah mendapat apa-apa bila ke kedai runcit.
Aku sahaja yang pernah buang sampah ke kebun.
Aku hampir dihumban ke parit.
Aku selalu kena libas dengan rotan bila adikku menangis.
Aku kena libas BILA menangis. LOL.
Aku tidak pernah mendapat legroom yang cukup dalam kereta.
Aku tidak dapat apa yang mereka dapat. (banyak kali berlaku)

Jadi, sebelum kau nak dera aku, apa aku peduli. Aku sudah biasa. Aku kena rotan di punggung sebab tidak memakai kopiah di surau. No hal.
Kau tenung aku nak terajang aku? Kau ingat kau lebih tua dariapada aku dan ada jawatan kerajaan sikit dah naik kepala ye? Terajang la kalau berani. Aku ada hak kemanusiaan bodoh. Aku boleh dera kau balik secara intelektual. (Ditujukan kepada seseorang yang bukan saudara aku)

Kesimpulan:

Jadi, jika kau pernah menemui aku, kau pasti lihat aku berdikari. Aku tidak suka apabila seseorang mengharapkan sesuatu apabila dia menolong aku. Aku tidak suka. Aku suka berdikari, jadi kau tidak ada apa-apa hak atas aku, dan aku tidak kacau kau. 

Aku lebih gemar berseorangan daripada berinteraksi dengan orang jelek dan menyakitkan hati. Daripada kita layan sampah, baik tidak layan apa-apa, betul? Aku cuma bersosial dengan orang yang begitu memahami aku dan menyayangi ku sepenuh hatinya.

Aku suka berwikipedia. Jika aku jumpa satu topik yang aku suka, aku terus wikipedia di internet.

Tamat. Selamat malam.

9 comments:

  1. sdey nye cheer!sbr eh!ALLA kn ad.:)

    ReplyDelete
  2. cheer.. aq ske ko nyer care... tapi kan... ibu bapa x seharusnye mengajar anak2 mereka dengan care sebegitu... die sudah menyalahi ape yg dajar dlm islam( kalau aq salah btolkan k. ) ..
    well 15999 24jam terbuka... ko seorang yg tabah menghadapi dugaan.. respect ar ko...

    ReplyDelete
  3. @aina: thanks. Cuma sedikit bisikan hati di masa lalu.
    @luz: Memang betul apa yang Islam sarankan. Aku tidak akan mengulangi perbuatan sama seperti parents aku.

    ReplyDelete
  4. there's always light at the end of the tunnel . cheer up :)

    ReplyDelete
  5. @alia: Yes, there's always a light at the end of the tunnel, but it must be very (bloody) far away. LOL.

    ReplyDelete
  6. serius dude~~~

    talian nur 15999...

    kahkah.

    gua pon kena macam ni.

    u'r not alone :D

    ReplyDelete
  7. @rudy
    darjah empat aku pernah cerita, masa pensilbox-snooker itu dijual di koperasi. Tak ingat?
    @gaban
    kenapa nak call? Buat habis kredit je. Situasi yang sebati dengan hati aku selama yang aku hidup. Kenapa nak fikirkan lama-lama kan?
    Sahaja hendak berkongsi pengalaman pahit. Tak pernah ada yang manis.
    Wakakakakakakakaka.

    ReplyDelete
  8. sabarlah.. setiap orng de bahagian dan ujian masing2 in shaa allah stiap yg berlaku ada hikmah... Allah sentiasa ada bersama hambanya......

    ReplyDelete