Thursday, December 16, 2010

Reunion SKBB 2001-2006

Pos ini bakal menjadi pos paling besar dari segi saiz data, kerana BEGITU banyak gambar-gambar yang bakal di paste.
Event yang aku tunggu sampai seminggu cari duit untuk ke reunion. 
Ke Klang Parade. A place I've never gone for nearly 3 years now.

Arrival
I try make it short, so readers tak payah patah tengkuk membaca blog ini.
Aku sampai KP pukul 9.00 pagi. Aku pelik juga, kenapa awal sangat sampai reunion ni dirancang pukul 9.30 pagi? Yang ada hanya peniaga-peniaga yang baru membuka grill kedai. Aku masuk ke dalam McDonalds dan membeli satu set sarapan bagi mengalas perut.
*ngap*
Aduh, tak puas. Lagi satu penkek.
*ngap*
Treeeeett. Ketua event kami, Cik Bella telah menelefon. Aku lantas ke tempat ruang makan KP. 
Oh, amatlah ramai. I mean, 34 people?
Kalah pasar Klang

One happy pose, sebab semua tengah stress menuggu yang lain datang


Mula-mula macam tak ingat sebab semua dah besar tinggi lampai macam KLCC. Aku terpaksa refresh dalam dalam. Walaupun memori aku agak lambat catch-up, tapi aku masih ingat ko Rusdi.

Apa tunggu lagi? MASUK LA DALAM TEMPAT BOWLING TU!
Nak main, posing dulu kan? Macam wakil Malaysia, betul tak?

Dengan bola tergengam ditangan, kasut bowling yang...err...busuk, kami main 3 game. aku main dengan Naufal (adik Nabila), Nabila, Muzafar, Asyikin dan Fauzi. Menang sekali sahaja, aku ni tangan bangku jadi jangan expect aku ni pro playaer. Wakakakakakakak.

CONQUER AND PLAY!

Confirm masuk longkang

Aku lupa bawak kompang la Amir

Cukup dengan bowling . Sudah habis main bowling. Perut sudah lapar. Mari makan! Aku rindu sangat nak makan sizzling yee mee, KP attraction, terima kasih.

Gossip girls. Who cares?

Selepas itu, event paling tak best. Semua hilang dengan bininya, cuma yang single-single melayan keindahan KP. Let's go posing baby!
Sekarang indon sudah lepak Klang Parade dengan gah.
Kelas sikit.


Setelah semua menyempurnakan solat zohor dan ehem...bisnes mereka sendiri. Ain asyikin bersuara:

"Pergi karaoke jom? Aku nak nyanyi ni."
"No hal, aku on je."

Maka bergeraklah sekumpulan manusia ke lounge karaoke.

Jauh juga hendak berkaraoke ni ya? Kalah Gunung Jerai

Kami naik ke atas semula, dengan Muzaffar, naib ketua event reunion belanja satu bilik medium size di News KTV. Volume dinaikkan full, mikrofon dipasang, lagu dipilih and lets rock this room!

Duo yang tak kering gusi sampai tiga lagu habis dinyanyikan

Kalau bilik ni outdoor, kami pasti kebasahan hujan. Wakakakakak.

Bagi aku satu can, boleh?

Memang stylo diorang pegang mikrofon. Suara mereka tidak kurang hebatnya.

Dari pukul empat samapilah pukul lima petang berkaraoke sampai tekak kering dan berdengung gegendang telinga. 

Kami yang single-single ini menyedari sesuatu yang terperasan sesuatu, tetapi tidak diluahkan. Something fishy. Something hidden.

"Bella ngan muzafar cam rapat semacam, ko persan tak?"
"Agak ar, dari tadi aku usha diorang berdua nih"
"Poji, ko amik la gambar diorang"
"Aku takde kamera la sengal"
"amik nih"

"Mama, kenapa diorang tu macam tak puas hati je?"
"Diorang tak kahwin lagi, masih bujang"

Dada: I dah cakap, tempat ni banyak news-man.
Mama: You ni takut sangat, keluar berita harian je pon.

Memang macam keluarga bahagia. Malangnya, setakat ini sahaja reunion kami. Oh tidak,dah nak balik ke? Maka semua bersalam salaman. Bertukar-tukar nombor telefon. Berpeluk-pelukan (takkan la sampai berlainan jantina kan?). Tamatlah episod reunion kali ini. Dah habis ke?
Here's some extra:

ANUGERAH KHAS BLOG TENTANG-KU
sempena reunion SKBB 2010


I live for rock kapak

Suara yang mantap. Boleh jadi vokalis ni. Menyanyi lagu-lagu top melayu dulu dan kini, amat sedap sekali suaranya. Aku bagi dia penyanyi terbaik, siapa tak puas hati bolehlah showdown dengan Alif di bilik karaoke.



Sweater dan t-shirt hitam. Sneaker merah dan jeans light blue. Priceless. Gaya chill-laka masih kekal bersamanya. Best style untuk event kali ini.


Aku yang ambil gambar Britney masa..ehem ehem..
Terima kasih banyak-banyak kerana beliaulah yang telah snap gambar bella dan keluarga bahagianya di KP. Fauzi ni tak pernah terpisah daripada kamera. Bagai irama dan lagu, bagai Fauzi dan fotografi. Tidak boleh dipisahkan.

Dan award yang ditunggu-tunggu. *bunyi kompang*



One happy family at KP. Oh amat indah sekali. Ketiga-tiga melangkah dengan kaki yang sama, memang layak dengan anugerah ini. Tidak lekang menjaga si Naufal, kedua-dua pasangan bagai pinang dibelah dua menjaga si kecil 'dengan penuh tanggungjawab'...err mungkin 'denagn penuh kasih sayang' adalah ayat yang lebih sesuai bukan? I am not the judge, its your choice to decide!

Setakat ini sahaja dapat aku coretkan di sini. Memori indah diselami bersama, realiti dijadikan sepadan. Rasa macam tengah hang-out bersama semasa darjah enam. 
Every man's memory is his private literature.  ~Aldous Huxley
All pictures are courtesy of Fauzi bin Mahfudz, Nabilla Shah, and other sources that are unkown that are used under applicable permission.

Be sure to have a visit from other blogs about the same topic!

No comments:

Post a Comment