Thursday, December 23, 2010

11 days for redemption

Wooohoo. Lagi 11 hari, aku akan balik ke neraka, err, maksud aku sekolah, SBPISB. Aku suka bersekolah(kata kerja), jangan buat andaian bodoh aku suka ponteng atau berfoya-foya di kelas. Tetapi, disebabkan pentadbiran sekolah yang saya katakan lansung tak ambil berat tentang kebajikan pelajar, sekolah dah jadi penjara jahanam bagi aku. Kelas aku yang aku guna taiada kipas siling untuk 4 tahun. Baik aku sekolah High School Klang! Dapat jumpa kawan lama.
Boleh belajar sendiri. Boleh ulangkaji dalam tempat kondusif, rumah.

Aku juga pernah dituduh tidak menyelesaikan yuran. Aku sudah bayar dua minhhu lepas, transaksi yuran sekolah masih belum diselesaikan. AKU SUDAH BAYAR. Memang boleh stress dengan sekolah ini.

Kantin yang teruk. Not to mention that high school klang has THREE canteens. Aku sayang sekolah lama aku.

Dan aku masih tidak puas hati dengan kelas aku. Aku terpaksa kepanasan, dan telinga aku bertambah panas dengan komplen-nya tenyang kipas. Lebih bising daripada pelajar sendiri.
Jalan penyelesaian: PASANG KIPAS CEPAT

Aku masih tidak faham kenapa kelas aku masih tiada kipas sedangkan berpuluh pupuh kipas diganti begitu sahaja di bilik kamar (dorm) dan surau. Apakah duit itu hanya dibelanjakan di bahagian residensi sahaja? Aku tak faham kenapa aku perlu kepanasan seperti di Sahara belajar add math. Otak aku boleh hangus sebelum SPM kalau ini berterusan.

Nota bertulis: aku selaku penulis blog layak menulis pernyataan di atas kerana sebab protes, tidak puas hati, menegakkan hak seorang jagaan kerajaan (pelajar) dan kebebasan bersuara. Jika sesiapa yang tidak puas hati bolehlah e-mail secara rasmi (dengan tatabahasa betul. Saya reject yang merapu) serta nyatakan tindakan seterusnya ke e-mel keramatzmode@gmail.com. Aku tak suka SBPISB, dan kau kena cari jalan supaya aku suka balik sekolah ini. Kalau anda, pembaca blog ini hanya menyatakan tidak puas hati secara psikologi (doa, pemulauan dan restu) dengan hatapan untuk menjatuhkan pos ini, anda seorang yang tidak matang lansung dari segi pelbagai sudut.

Keduanya, kau takkan jumpa apa yang kau inginkan di sini. Aku terpaksa TERUSKAN hidup di sini sebab ibu bapa aku yang kehendaki, bukan aku.

Jika kau ininkan kawan yang lebih baik, kau salah. Aku tak kisah kalau kawan budak bermasalah, maksud aku apa salahnya kan?mereka masih manusia yang boleh jadi kawan. Tapi kalau kau expect dapat kawan baik SEMUANYA, jangan duduk dekat dengan SBP ini.

Kalau kau sekolah di SBPISB, mereka anti muzik indie, pop, rock atau apa-apa yang dianggap moden. Paling moden pun hanyalah keyboard lama (credit to cikgu azmi, the only one who bring music to the school). Kau bawa gitar? kau dianggap kafir. Kau nyanyi? Kau jadi pelajar derhaka. Kau buat kugiran (band)? Ilmu kau tak direstui. Thats how its work. Any modern music ARE WRONG to them.

Kalau kau suka main muzik, stay away from the school.

Sekolah aku juga ada sedikit sifat over reacting. Maksud aku di sini, penggunaan kata-kata seperti lawan, perjuangan dan sebagainya. Terlalu kuat kesanya pada minda aku dan sekolah aku ini TErLALU percaya fitnah zaman kini. Video kambing direnyuk dalam mesin pengisar besar. Terus dikatakan penyembelihan orang kafir di USA. Haduiyai, sedangkan video itu dibuat dengan teknik CGI.

Semua pelajar di sekolah aku percaya. Terpegun. Ternganga. Memang mudah kena kencing.

Setiap penipuan dipercayai oleh pelajar di SBPISB asalkan ada bukti yang sedikit islamik, dan jerat terus mengena. Letak sahaja fakta boikot berislamik, terus dipercayai. Contoh:

Mee kuning cina adalah haram

Lansung bodoh pernyataan tersebut, tetapi kebayakannya semua percaya. Tak berasas, dan berbaur perkauman. Sebab itu aku benci komuniti sekolah ini
Kalau aku bersuara akan ketidak sahihan maklumat itu, aku terus dicemuh mengatakan aku tidak mendapat hidayah allah. Susah nak survive hidup macam ini.

Dan hubungan antara cikgu dan pelajar amat tidak selesa. Cikgu melayan pelajar macam lembu. Minta maaf atas pernyataan ini, tetapi memang cikgu layan aku macam lembu. Tak pakai songkok? Libas. Tak pakai kopiah di surau? Libas. Kelua kelas masa prep sebab AKU NAK KENCING? Libas.

Memang tiada standard SBP. Kekerasan no1. Kebajikan diabaikan. Tandas yang rosak lansung tidak dibaiki. Kipas rosak untuk 4 tahun. Tiada hiburan kecuali telvisen ultra kecil di asrama dan dua telvisen astro di dewan makan yang didominasi pelajar perempuan (indon drama and so on).

Aku benci sekolah aku. Aku benci SBPISB. Aku nak SPM. Biar aku buat the best. Jadi jangan kacau aku. Kalau kau tanya tentang kerja sekolah. Aku tak sentuh lansung. Selamat malam.

Satisfaction.

I'm stupid. You're clever.
Laugh at me. Satisfied?

Friday, December 17, 2010

Falsafah Shahir


Aku adalah satu.
Kau ramai.

Hati aku kosong.
Hati kau penuh dengan keinginan dan harapan.

Aku simpan dendam dan kebencian.
Kau lepaskan keberangan dan kemarahan pada aku

Aku sabar. Aku kosong, buat apa aku nak marah kan?
Tiada seorang yang peduli.

Kau buatlah perangai kau yang menyakitkan hati pada aku.
Aku simpan dalam hati. Bagai jarum disusuk ke dada aku.
Aku diam.

Kau hebat. Kau lagi berkuasa. Kau kan superstar, BFF, Hot girl, TOP.
Aku cuma manusia biasa. Kau pijaklah kepala aku sesuka hati.

Adik aku selalu dapat coklat atau air ke Econsave waktu kecil dahulu. Apabila aku pinta, lansung tidak mendapat hasil. Lansung tidak diendah. Muka masam seperti ikan tuna menjadi teman sampai ke rumah. Melihat adikku menjamah sebatang Kit Kat. (kisah benar)

Malah aku ditengking. Buat apa nak marah? Kau tidak dapat apa-apa. Buat apa nak merajuk? Buat apa nak memberontak?

Sebab itu aku tidak pernah meminta apa-apa. Aku tahu aku tidak akan mendapat apa yang diinginkan. Jadi biarlah dendam simpan di dalam hati. Tidak perlu lagi dikuis. Tidak perlu lagi diluahkan. Tidak perlu lagi dikongsi dengan psychatrist sampai berjam-jam. Tidak perlu bercakap. Cakap hanya satu pembaziran masa dan tenaga.

Biarlah aku simpan dendam. Biar aku simpan. Biar aku simpan.

Sebab aku Shahir. Tiada tersisip kegembiraan dalam hidupku.

Thursday, December 16, 2010

Reunion SKBB 2001-2006

Pos ini bakal menjadi pos paling besar dari segi saiz data, kerana BEGITU banyak gambar-gambar yang bakal di paste.
Event yang aku tunggu sampai seminggu cari duit untuk ke reunion. 
Ke Klang Parade. A place I've never gone for nearly 3 years now.

Arrival
I try make it short, so readers tak payah patah tengkuk membaca blog ini.
Aku sampai KP pukul 9.00 pagi. Aku pelik juga, kenapa awal sangat sampai reunion ni dirancang pukul 9.30 pagi? Yang ada hanya peniaga-peniaga yang baru membuka grill kedai. Aku masuk ke dalam McDonalds dan membeli satu set sarapan bagi mengalas perut.
*ngap*
Aduh, tak puas. Lagi satu penkek.
*ngap*
Treeeeett. Ketua event kami, Cik Bella telah menelefon. Aku lantas ke tempat ruang makan KP. 
Oh, amatlah ramai. I mean, 34 people?
Kalah pasar Klang

One happy pose, sebab semua tengah stress menuggu yang lain datang


Mula-mula macam tak ingat sebab semua dah besar tinggi lampai macam KLCC. Aku terpaksa refresh dalam dalam. Walaupun memori aku agak lambat catch-up, tapi aku masih ingat ko Rusdi.

Apa tunggu lagi? MASUK LA DALAM TEMPAT BOWLING TU!
Nak main, posing dulu kan? Macam wakil Malaysia, betul tak?

Dengan bola tergengam ditangan, kasut bowling yang...err...busuk, kami main 3 game. aku main dengan Naufal (adik Nabila), Nabila, Muzafar, Asyikin dan Fauzi. Menang sekali sahaja, aku ni tangan bangku jadi jangan expect aku ni pro playaer. Wakakakakakakak.

CONQUER AND PLAY!

Confirm masuk longkang

Aku lupa bawak kompang la Amir

Cukup dengan bowling . Sudah habis main bowling. Perut sudah lapar. Mari makan! Aku rindu sangat nak makan sizzling yee mee, KP attraction, terima kasih.

Gossip girls. Who cares?

Selepas itu, event paling tak best. Semua hilang dengan bininya, cuma yang single-single melayan keindahan KP. Let's go posing baby!
Sekarang indon sudah lepak Klang Parade dengan gah.
Kelas sikit.


Setelah semua menyempurnakan solat zohor dan ehem...bisnes mereka sendiri. Ain asyikin bersuara:

"Pergi karaoke jom? Aku nak nyanyi ni."
"No hal, aku on je."

Maka bergeraklah sekumpulan manusia ke lounge karaoke.

Jauh juga hendak berkaraoke ni ya? Kalah Gunung Jerai

Kami naik ke atas semula, dengan Muzaffar, naib ketua event reunion belanja satu bilik medium size di News KTV. Volume dinaikkan full, mikrofon dipasang, lagu dipilih and lets rock this room!

Duo yang tak kering gusi sampai tiga lagu habis dinyanyikan

Kalau bilik ni outdoor, kami pasti kebasahan hujan. Wakakakakak.

Bagi aku satu can, boleh?

Memang stylo diorang pegang mikrofon. Suara mereka tidak kurang hebatnya.

Dari pukul empat samapilah pukul lima petang berkaraoke sampai tekak kering dan berdengung gegendang telinga. 

Kami yang single-single ini menyedari sesuatu yang terperasan sesuatu, tetapi tidak diluahkan. Something fishy. Something hidden.

"Bella ngan muzafar cam rapat semacam, ko persan tak?"
"Agak ar, dari tadi aku usha diorang berdua nih"
"Poji, ko amik la gambar diorang"
"Aku takde kamera la sengal"
"amik nih"

"Mama, kenapa diorang tu macam tak puas hati je?"
"Diorang tak kahwin lagi, masih bujang"

Dada: I dah cakap, tempat ni banyak news-man.
Mama: You ni takut sangat, keluar berita harian je pon.

Memang macam keluarga bahagia. Malangnya, setakat ini sahaja reunion kami. Oh tidak,dah nak balik ke? Maka semua bersalam salaman. Bertukar-tukar nombor telefon. Berpeluk-pelukan (takkan la sampai berlainan jantina kan?). Tamatlah episod reunion kali ini. Dah habis ke?
Here's some extra:

Sunday, December 12, 2010

Masa kecil dahulu

Aku memang Kambing Hitam dalam keluarga. Sejak dulu lagi. Dan semua ahli keluarga aku, entahlah, macam ada niat mengsisihkan aku.

Ini kisah benar, bukan satu cerita dongeng Peterpan atau Cinderella. Ini kisah seorang budak yang malang.

1. Berfikir
Sejak kecil, aku membina satu sifat yang biasa tetapi pada kadar yang tinggi: berfikir. Aku befikir apa yang ingin aku fikirkan. Aku selalu fikrkan masa depan mak aku, pekerjaan , pelajaran and else sampi aku terus termenung macam begitu fokus dalm berfikir.

Aku memang suka berfikir, sehinggakan saudara-mara menegur aku kerana begitu ghairah termenung jauh.
Berfikir sejenak lebih baik daripada beribadat setahun -Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiallahu Anhu yang dipetik oleh Ibnu Habban

Hadis yang aku sertakan adalah daipada sebuah blog ini sama seperti yang disampaikan oleh guru bahasa melayu aku, Cikgu Rizuan bin Atan. Tetapi, sebab utama  aku selalu berfikir dan termenung adalah:

Aku tiada teman bercakap
Setiap kali aku berkata-kata atau menimbulkan sesebuah topik untuk dibual bersama, aku dihiraukan. Tidak kira ibu bapaku sendiri, adik beradik atau rakan karib, aku susah mengupas perbualan mereka kerana aku ada kecacatan dalam bersosial. Kawan yang berada di sekolah selalu juga berbual dengan aku, tetapi isu yang mereka bualkan susah untuk aku kupas. Aku disisihkan jika tersalah kata.

Pada sudut pandangan aku, aku lebih berminat menyataan sesuatu yang intelektual berbanding satu topik kosong yang tidak membawa perubahan dalam hati dan nurani seseorang. Sebab itu Allah SWT menciptakan mulut manusia agar setiap manusia dapat membantu kaumnya sendiri melalui bersosial.

2. Aku mangsa

Aku sudah melalui pelbagai tuduhan-tuduhan berat sejak aku masuk sekolah rendah. Dahulu, aku pernah membel sebuah kotak pensel yang boleh bertukar menjadi papan snooker. Harganya pada masa itu RM 5.00
Aku pada masa it darjah dua, dan tersempak dengan rakan-rakanku yang begitu exited bermain snoker mini di kelas. Aku terus kumpul satu ringgit setiap hari dan membeli kotak pensel yang diidamkan.

Hatiku puas. Aku pulang ke rumah dan bermain dengan adikku.

"Main apa tu?" ayahku bersuara.

Aku terdiam. Bapaku bertanya dari manakh ku mendapat kotak peensel tersebut. Aku diam lagi.
PIAPP
Bapaku terus melekapkan lima jari ke pipi dalam satu libasan. Dalam kelajuan Mach 1, tersembam pipiku merah lebam. Ibuku pula membuka beg sekolah ku. Ada dua kerja sekolah masih belum disiapkan. 

"Kerja sekolah tidak siap lagi", ibuku pula menjerit.

ZUSSS
Satu sebatan kelajuan cahaya terus ke kepala. Dibuatnya kepala aku macam hendak membelah kelapa.

Disimpulkan di sini, sebab satu benda remeh iaitu satu kotak pensil, proses pengajaran di atas diteruskan sampai lewat 12 malam. Aku gembira, sebab kau semua tidak merasai apa yang aku rasa.

Malah, aku juga pernah disebat sebab mencuri ikan mainan (seriously?) seorang pelajar. Tanpa bukti. Tanpa alibi. Tanpa saksi. Satu sebatan rotan terus diberi secara tunai ke tanganku ini. Padan muka aku. Dan ini terus membawa ke point yang ketiga.

3. Aku didera.

Dera yang aku maksudkan ialah semua jenis deraan. Aku tidak menyalahkan ibu bapaku dalam konteks ini, mereka hanya mengajar, dan mereka layak melakukannya ke atas aku. Aku lansung tiada perasaan benci atas ibu bapaku.

Yang aku tak puas hati, aku didera PALING teruk, sehingga tingkatan tiga.
Ya, tingkatan tiga.
Adik beradik aku tidak mengalami seteruk aku.
Aku tidak pernah dilindungi.
Aku tidak pernah mendapat apa-apa bila ke kedai runcit.
Aku sahaja yang pernah buang sampah ke kebun.
Aku hampir dihumban ke parit.
Aku selalu kena libas dengan rotan bila adikku menangis.
Aku kena libas BILA menangis. LOL.
Aku tidak pernah mendapat legroom yang cukup dalam kereta.
Aku tidak dapat apa yang mereka dapat. (banyak kali berlaku)

Jadi, sebelum kau nak dera aku, apa aku peduli. Aku sudah biasa. Aku kena rotan di punggung sebab tidak memakai kopiah di surau. No hal.
Kau tenung aku nak terajang aku? Kau ingat kau lebih tua dariapada aku dan ada jawatan kerajaan sikit dah naik kepala ye? Terajang la kalau berani. Aku ada hak kemanusiaan bodoh. Aku boleh dera kau balik secara intelektual. (Ditujukan kepada seseorang yang bukan saudara aku)

Kesimpulan:

Jadi, jika kau pernah menemui aku, kau pasti lihat aku berdikari. Aku tidak suka apabila seseorang mengharapkan sesuatu apabila dia menolong aku. Aku tidak suka. Aku suka berdikari, jadi kau tidak ada apa-apa hak atas aku, dan aku tidak kacau kau. 

Aku lebih gemar berseorangan daripada berinteraksi dengan orang jelek dan menyakitkan hati. Daripada kita layan sampah, baik tidak layan apa-apa, betul? Aku cuma bersosial dengan orang yang begitu memahami aku dan menyayangi ku sepenuh hatinya.

Aku suka berwikipedia. Jika aku jumpa satu topik yang aku suka, aku terus wikipedia di internet.

Tamat. Selamat malam.

Wednesday, December 8, 2010

Here We Go Again...

Aku tidak suka konspirasi, khabar angin mahupun fitnah. Lagi-lagi bila ia berkenaan dengan sesuatu yang sudah sebati dengan hidup kita, dan mula ada mulut-mulut busuk oleh umat Islam sendiri. Sebagai contoh, aku ambil sebuah artikel daripada Al-Imtiyaz, sebuah majalah keluaran Badan Dakwah dan Rohani sekolah aku:

Kegemaran aku sejak kecil

Air coca-cola merupakan salah satu agenda Israel menghancurkan umat Islam. Air coca-cola tersebut mengandungi hydrochloric acid, dan minuman itu boleh merosakkan perut, meleburkan terus sebatang paku.

OK, wait a minute. Leburkan sebatang paku? Memang sah artikel ni artikel kencing. Malah, artikel ini diterbitkan oleh umat islam. Aku malu. Maklumat palsu telah disebarkan kepada seluruh umat Islam, dan berpuluh ribu orang akan bertanya kepada si penyebar fitnah di akhirat kelak.

Bukti sebenar: Eksperimen Coke dan Paku

Kita dapat lihat kematangan umat Islam yang begitu tidak matang dasawarsa kini. Aku tidak faham, adakah kau sanggup membuat fitnah dan menyebarkannya tanpa usul periksa.

Dan semalam, aku begitu panas, apabila seorang kawan aku mengepos satu tajuk yang begitu menyakitkan hati di laman sesawang Facebook. Aku percaya pos tersebut adalah daripada satu surat berantai yang telah disebarkan melalui e-mel.

Facebook, medium sebar fitnah terbaik dunia

Buat peminat cerita upin dan ipin, sila baca artikel ini.....

Sebutlah Uffin bukan Upin sebab Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud “Aku
benci Rasul.”
Sebutlah Ariffin bukan Ipin sebab Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud “ Aku
suka Israel .”

Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf “U” pada baju Upin dan “I” pada
baju Ipin.
“U” bermaksud “ USA ”
“I” bermaksud “ Israel ”

Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi
dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai
jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon,
Digimon dan Mamula Moon.

LAGI SATU :

Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah dan
akhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalah
agenda yahudi. ‘i’ pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ‘ Israel ’.
4g pula bermaksud “god, gold, glory and girl”. kalu kamu benar2 cintakan
Allah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam

Monday, December 6, 2010

One billion ringgit 99 cents question

Tahun depan SPM. Satu soalan yang begitu cliche dicampakkan ke muka aku.
Nak result macam mana?
Mesti aku nak A+ kan? Kan?
Bodohlah aku jika aku mahukan yang lebih kurang.

Namun. Satu persoalan, aku memang tidak puas hati.
Nak jadi apa? Lepas SPM nak ambik apa?
Owh, amat pedas sekali soalan itu. Lagi pedas daripada sos tabasco pizza hut.

Aku akan cakap. Engineering. Aku nak automotif engineering.
Aku realistic. Aku kerja dengan barang. Aku suka menyelesaikan masalah. Aku suka pemikiran teknikal. Masalahnya:

Bapak aku tak bagi. My dad wants me to be a civil engineer.

Alahhhh, yang buat bangunan tu. Dan bapak aku bagi amaran, engineer ni gila. Haduii.
Mak aku nak aku jadi doktor. Ambil bidang medicine. Sudah dua abang aku ambil medicine. Dan, aku takut darah. Aku takut doktor. Aku takut hospital. Aku takut bedah.
Mak cik aku pun sama, nak aku jadi doktor.

Susah aku nak jadi doktor.

Kesimpulan? Jangan desak saya. Saya ini anak muda, mencari jalan terbaik untuk saya hidup di muka bumi suci Allah SWT.

Tolonglah, saya tak suka orang pilihkan cara hidup saya. Saya sudah draft every single possible outcome dan cara menyelesaikan masalah yang bakal timbul untuk terus hidup. Saya tahu apa yang saya buat. Jangan lemparkan soalan cepu gangsa itu. Saya trauma.

Saturday, December 4, 2010

Recovery to the tribute of life

Aku hidup lagi.

OMG.

Dah, aku dah ok. Tak perlu kutuk-kutuk aku fasal blog ini. Nak tahu kenapa blog aku jadi hitam semacam?


Friday, December 3, 2010

*unkown post*

Kenapa blog kau ni, jadi gelap?

Hati aku sudah sama gelap. Kepedihan teramat terpanah di dada.




Pulihkan aku.

Thursday, December 2, 2010

Love is unexpected

Pos ini berkenaan benda yang berlaku semasa berbual di ruang bual Ex SK Batu Belah 2001 - 2006

Oh, memang aku minat betul nak cerita fasal benda ni. Aku terjumpa la seorang member lama aku, nama dia privasi, aku tak boleh dedahkan nanti takut aib la.

Kita panggil brader ni MR.A.

MR.A: aku nak kapel dengan ko.
MS.B: ye ke?

Dia tengah macam main-main kapel dengan MS.B. Diulang, main-main. buat pengetahuan anda, MR.A tidak pernah ada apa-apa hubungan dengan MS.B sebelum ini. Aku tak pernah nampak la, SETAHU AKU, sebab aku jauh di Sabak Bernam. Memang tak tahu perkembangan mereka semua la kan? MR.A ni terus mengorat MS.B ni tak habis habis. Jadi, aku tanya MS.B.

AKU: Ko series ke kapel dgn MR.A?

MS.B: hahahah

Aku macam dah give up dia gelak. Main-main la nih.

member aku: dah la MR.A, ko memain je~
member aku: MR.A kencing je dier tu

Member aku lain semua kutuk MR.A ni syok sendiri. Macam tak terkawal la kalau nak ngorat main-main . Jadi, aku kira mereka dalam ruang bual ni memang main-main la. Tiba tiba:
Aku gelak berdekah-dekah. Aku terus mengajukan soalan sama bertalu talu kepadanya. Dimalukan dalam ruang bual begitu sahaja. Lepas tu, MR.B terus menjawab:

MS.B: ok
MS.B: ok

Wow.
reaksi pertama:
Are you frikkin serious? 

Aku terkejut macam nak terjun bangunan. Mereka berdua hanya berjumpa dalam ruang bual, terus kapel. Aku memang tak sangka la. Memang setiap orang akan jumpa kasih, cuma belum sampai masanya. 

MR.A: betul ke ni?
MR.A: jgn memain

MR.B: alahh, kawan sekolah lama... apa salahnya.

Aku macam nak menangis. Aku tak tipu la. Aku terus pergi masak burger special untuk menenangkan perasaan.

*tgh masak burger
Mak: kenapa nangis ni shahir?
Aku: minyak masak ni masuk mata

Indah cerita mereka berdua ini. Aku sudah mendapat pengajaran:
Sayang ada di mana-mana. Cuma cara yang betul atau cara yang salah.
Tapi, mana ada orang sayang aku. Wakakakakak. Selamat malam.
Nah, ini sedikit klip untuk anda rasai perasaan saya ini.

Wednesday, December 1, 2010

Tak perlu bertanya banyak kali

Begitu ramai kawan dan family aku bertanya, macam mana rupa bass kau?
Aksessori?
Strap bass?

Walaweh. Banyak betul persoalan bercurah curah macam air bocor depan rumah aku ni. Baiklah, disebabkan y'all betanya macam Melodi nak terjah Siti Nurhaliza, biar aku bagi tahu semua tentang bass aku.


INI BEG BASS AKU
RM 60. Maaf, aku tak jual.


Jenama Tarrega. Aku tak mampu nak beli Ritter atau Fender dan sebagainya sebab beg gig yang berjenama adalah amat mahal. Kain keras, kukuh dan berlapik gabus untuk dalam. Tapi kalau ketuk lantai, aku tak jamin leher bass ni tak patah. Aku simpan semua aksesori dan bass dalam beg ni.

APA ADA DALAM BEG?

1. Strap

Kenapa tenung lama-lama? Strap pun nak jakun ke?

Kalau anda bertanya, kenapa tak beli patern lawa, gambar naga, logo tengkorak, warna kuning, ada lock, bla bla.....
Aku jawab satu ayat je. Murah. Siap aku tebalkan perkataan tu lagi. Dan aku tak suka warna kuning.

Harga RM15. Lubang strap ni kulit dan jenama Tarrega juga. Kain strap kapas rasanya.

2. Kain lap

Kain lap untuk apa?Aku nak lap bass gitar aku! Takkan nak lap buntut kan?

Jenama stingray. Warna kuning (aku benci kuning). Dari mana dapat? Dalam setor, jadi aku tak tahu harganya. Dan aku sekalikan dengan...

3.Minyak Baby Johnson Mild

Aku suka bau minyak ni. No more tears!

Aku buat apa dengan minyak ni? Oh, aku tak guna minyak ni. Minyak ini amat berguna jika anda semua nak mengilatkan semula perabot kayu dan gitar anda. Percaya cakap aku, daripada belanja RM60 untuk wax polish di kedai muzik yang teramatlah mahal beli sahaja sebotol. Harga sebotol aku beli RM6.80 di kedat Titi I LOVE TITI FOREVER!. RM60 tu lebih baik anda ajak awek anda makan di secret recipe untuk satu malam dating. Sayang dapat, perut pun kenyang. Wakakakakak.

dan item paling penting:

4.TGM Jazz Bass
RM270. Warna biru. Ada soalan?

Ada bau kedai? Oh tidak. Aku beli bass ni second hand. Tak mampu nak beli first hand. Padan muka aku.
Bridge yang agak uzur. Tapi bunyi masih sedap


Bunyi bass ni outstanding daripada bunyi gitar bass Yamaha di Bukit Tinggi. Aku tak tipu. Bunyi gitar TGM ni lagi crisp dan dalam. Leher bass aku tak tahu daripada kayu apa.

Jenama TGM. Aku tahu kau kaya beli fender mahal-mahal.
Pergi mati.

TGM ni jenama gitar murah, jadi janganlah tanya kenapa fender kau tu lagi cantik, ibanez aku ni lagi sedap bunyinya. Aku miskin, nak gaduh?
Ini ialah leher dan kepala (headstock) gitar bass...

dan ini badan gita bass. Jangan tanya pasal tangan dan kaki.

Aku rasa setakat ini sahaja bicara aku tentang bass ini. Kalau ada persoalan dan kemusykilan, sila komen.

Aku benci warna kuning. Selamat malam.