Thursday, December 2, 2010

Love is unexpected

Pos ini berkenaan benda yang berlaku semasa berbual di ruang bual Ex SK Batu Belah 2001 - 2006

Oh, memang aku minat betul nak cerita fasal benda ni. Aku terjumpa la seorang member lama aku, nama dia privasi, aku tak boleh dedahkan nanti takut aib la.

Kita panggil brader ni MR.A.

MR.A: aku nak kapel dengan ko.
MS.B: ye ke?

Dia tengah macam main-main kapel dengan MS.B. Diulang, main-main. buat pengetahuan anda, MR.A tidak pernah ada apa-apa hubungan dengan MS.B sebelum ini. Aku tak pernah nampak la, SETAHU AKU, sebab aku jauh di Sabak Bernam. Memang tak tahu perkembangan mereka semua la kan? MR.A ni terus mengorat MS.B ni tak habis habis. Jadi, aku tanya MS.B.

AKU: Ko series ke kapel dgn MR.A?

MS.B: hahahah

Aku macam dah give up dia gelak. Main-main la nih.

member aku: dah la MR.A, ko memain je~
member aku: MR.A kencing je dier tu

Member aku lain semua kutuk MR.A ni syok sendiri. Macam tak terkawal la kalau nak ngorat main-main . Jadi, aku kira mereka dalam ruang bual ni memang main-main la. Tiba tiba:
Aku gelak berdekah-dekah. Aku terus mengajukan soalan sama bertalu talu kepadanya. Dimalukan dalam ruang bual begitu sahaja. Lepas tu, MR.B terus menjawab:

MS.B: ok
MS.B: ok

Wow.
reaksi pertama:
Are you frikkin serious? 

Aku terkejut macam nak terjun bangunan. Mereka berdua hanya berjumpa dalam ruang bual, terus kapel. Aku memang tak sangka la. Memang setiap orang akan jumpa kasih, cuma belum sampai masanya. 

MR.A: betul ke ni?
MR.A: jgn memain

MR.B: alahh, kawan sekolah lama... apa salahnya.

Aku macam nak menangis. Aku tak tipu la. Aku terus pergi masak burger special untuk menenangkan perasaan.

*tgh masak burger
Mak: kenapa nangis ni shahir?
Aku: minyak masak ni masuk mata

Indah cerita mereka berdua ini. Aku sudah mendapat pengajaran:
Sayang ada di mana-mana. Cuma cara yang betul atau cara yang salah.
Tapi, mana ada orang sayang aku. Wakakakakak. Selamat malam.
Nah, ini sedikit klip untuk anda rasai perasaan saya ini.

No comments:

Post a Comment