Wednesday, December 8, 2010

Here We Go Again...

Aku tidak suka konspirasi, khabar angin mahupun fitnah. Lagi-lagi bila ia berkenaan dengan sesuatu yang sudah sebati dengan hidup kita, dan mula ada mulut-mulut busuk oleh umat Islam sendiri. Sebagai contoh, aku ambil sebuah artikel daripada Al-Imtiyaz, sebuah majalah keluaran Badan Dakwah dan Rohani sekolah aku:

Kegemaran aku sejak kecil

Air coca-cola merupakan salah satu agenda Israel menghancurkan umat Islam. Air coca-cola tersebut mengandungi hydrochloric acid, dan minuman itu boleh merosakkan perut, meleburkan terus sebatang paku.

OK, wait a minute. Leburkan sebatang paku? Memang sah artikel ni artikel kencing. Malah, artikel ini diterbitkan oleh umat islam. Aku malu. Maklumat palsu telah disebarkan kepada seluruh umat Islam, dan berpuluh ribu orang akan bertanya kepada si penyebar fitnah di akhirat kelak.

Bukti sebenar: Eksperimen Coke dan Paku

Kita dapat lihat kematangan umat Islam yang begitu tidak matang dasawarsa kini. Aku tidak faham, adakah kau sanggup membuat fitnah dan menyebarkannya tanpa usul periksa.

Dan semalam, aku begitu panas, apabila seorang kawan aku mengepos satu tajuk yang begitu menyakitkan hati di laman sesawang Facebook. Aku percaya pos tersebut adalah daripada satu surat berantai yang telah disebarkan melalui e-mel.

Facebook, medium sebar fitnah terbaik dunia

Buat peminat cerita upin dan ipin, sila baca artikel ini.....

Sebutlah Uffin bukan Upin sebab Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud “Aku
benci Rasul.”
Sebutlah Ariffin bukan Ipin sebab Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud “ Aku
suka Israel .”

Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf “U” pada baju Upin dan “I” pada
baju Ipin.
“U” bermaksud “ USA ”
“I” bermaksud “ Israel ”

Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi
dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai
jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon,
Digimon dan Mamula Moon.

LAGI SATU :

Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah dan
akhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalah
agenda yahudi. ‘i’ pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ‘ Israel ’.
4g pula bermaksud “god, gold, glory and girl”. kalu kamu benar2 cintakan
Allah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam

Upin Ipin, satu filem animasi 3D yang paling seronok pernah ditonton menjadi agenda USA dan Israel. Kebodohan yang teserlah yang amat timbul dalam perspektif aku melihat pos ini. Kau tahu tak:
  1.  Penerbit Upin Ipin adalah syarikat bumiputera iaitu Les Copaque.
  2.  Pengasas studio ini adalah Mohd Nizam Abd Razak dan Mohd Safwan Ab Karim
  3.  Menceritakan dua kanak kanak yang tinggal bersama nenek dan kakaknya.
  4.  Berlatarkan masyarakat Malaysia, dan latar masa Ramdhan (season lama)
  5.  Memupuk aspek rohani dan lahiriah untuk terus berpuasa.
  6.  Cerita ini sangat menarik.

Adakah enam aspek dalam cerita ini mempromosikan kehidupan barat, USA dan Israel? Lansung tidak disentuh dalam mana-mana episod yang pernah aku tonton. Semua krew penerbitan dalam studio tersebut kebanyakannya graduan multimedia bumiputera. Rakyat Malaysia berbilang kaum meminati animasi ini, melihat keindahan Islam yang mereka tidak dapat lihat kerana duduk di sebalik tabir. Ini kau kata agenda orang kafir?

Masalah umat Islam kini, mudah percaya dengan dakwaaan yang lansung tidak berasas seperti ini, dan lansung tidak mencari sumber yang dipercayai untuk rujukan bersama. Pada kadar ini, Malaysia tidak mungkin mencapai status negara maju pada tahun 2020 seperti yang diwar-warkan oleh Dr Mahathir Mohd. Orang melayu kini suka menjadi dalang kepada kaumnya sendiri, dan teserlah bahawa surat berantai haram jadah ini ditulis oleh orang melayu sendiri.

Maka, sebelum anda mengutuk kaum kaum lain disekeliling anda, buka mata dan lihat kaum melayu sendiri memakan saudaranya akibat tamak haloba dan hasad dengki.

Kemudian, tentang iPhone4g. i yang ditulis pada jenama apple tersebut bermaksud israel. 4G bermaksud Gold, Glory, Gospel, Girl. Aku kisah ke dakwaaan kau ini?

FUCK OFF BITCH


Adoi. Wahai penyebar fitnah si penulis surat berantai, uMobile maksudnya apa? USA?

Malah, satu fakta yang telah diputar belit oleh si penyebar fitnah ini, ialah gospel. Adakah kau tidak tahu, israel dan gospel adalh dua elemen yang begitu jauh bezanya. Gospel bermaksud menyebarkan agama Kristian, dan Kristian dan Yahudi adalah dua agama berbeza, dan kedua-dua kumpulan ini tidak boleh disatukan atas satu nama. Nampak sangat kau hanya seorang hamba Allah yang rasis, kerana terus melabelkan Kristian (gospel) , USA, Israel dalam satu surat, dengan harap menjadikan surat itu satu surat 'islamik' dan benar. Aku sudah bosan dengan mesej-mesej haram ini.

Itu semua kebetulan. Lainlah kalau Lady Gaga mempamerkan pakaian rahib perempuan dengan salib terbalik di bahagian kemaluan itu adalah perbuatan syaitan Illuminati (aku tak sebodoh kau si penyebar fitnah). Itu aku boleh percaya, sebab setiap penjelasan disertakan dengan sumber dan disokong fakta. Ni tak, cuma satu penulisan yang begitu 'islamik' dan semua orang percaya. Susah la kalau SEMUA benda dalam hidup ini agenda USA dan Israel. Baik aku duduk bulan kan?

*UPDATE*
10/12/2010

iPhone 4g tidak wujud. Yang ada di pasaran hanya iPhone4. Nampaknya si penyebar fitnah ini tinggal di dalam gua agaknya. Kah kah kah!
http://www.apple.com/iphone/features/

2 comments:

  1. Secara peribadi, abang tak suka gaya penerbitan AL-Imtiyaz secara copy paste dari pelbagai sumber (apa lagi kalau bukan internet).

    Dan abang ketawa guling-guling dengan surat berantai Upin & Ipin tu

    ReplyDelete