Friday, February 18, 2011

Early 2011, in a nutshell

Aku tak tahu nak terangkan kehidupan aku untuk tahun 2011, tapi yang pasti, selama satu bulan aku menulis atas kertas kosong dengan seringkas-ringkasnya di sekolah dan tiba masanya aku upload apa yang aku coretkan dari hati.

1.Aku tiada perasaan

First time, tahun ni aku tiada rasa benci atau suka kepada seseorang. Entahlah, mungkin sebab aku sudah begitu biasa dengan setiap karenah batch aku. Aku sudah lali. Tidak kira kau kerek, cantik, sweet, atau menyakitkan hati, aku sudah begitu bosan dengan perkara sedemikian.

Dan perkara yang paling magic berlaku pada diri aku, aku macam menjadikan diri aku ini seorang yang altruistik. Aku lebih mementingkan orang lain daripada diri aku sendiri. Tidak kira kau itu siapa, walaupun beliau itu selalu menyakiti hati aku, aku masih mementingkan kesenangan hatinya.

This is not a joke, aku kalau boleh hendak mati, dan berikan nyawa aku kepada mereka yang lebih memerlukan.

Minggu lepas, aku pergi UM, main scrabble, satu game yang memerlukan anda menyusun huruf atas papan supaya membentuk ayat dan mendapat markah. hendak dijadikan cerita, setiap pusingan akan ditampal kertas berbentuk jadual di papan putih. Sadly to say, ada 300 orang berkerumun dekat satu jadual yang sebesar kertas A4. Memang bergaduhlah nak tengok jadual, kena berhimpit lelaki perempuan.

Seorang urusetia scrabble UMt bersusah payah hendak menampal. Dengan gunting, sellotape dan kertas di kedua-dua belah tangan, terseksa betul beliau hendak menampal jadual itu di dinding dengan segerombolan manusia menghimpitnya dari semua arah. Kesian.

300 orang sekelilingnya hanya tahu merungut, sehingga begitu banyak ayat-ayat kasar dan kotor dilemparkan.

Aku terus mencelah, dan terus menolongnya menampal jadual itu. Beratus pasang mata merenung tingkah laku aku. Setelah siap ditampal, urusetia itu terus mengucapkan terima kasih.

Sebelum aku beredar mengambil seating aku untuk pusingan seterusnya, seorang perempuan cina (yang agak lawa) terus berkata:

'you're a nice person'

Ini bukan kisah palsu ataupun cerita dongeng cinderella. Ini kisah hidup aku. Aku tidak kisah diri aku, asalkan orang di sekeliling gembira dengan hidup mereka.\

2.Aku consultant

Tahun ini, ramai kawan aku selalu memberi luahan hati mereka kepada aku. Semua jenis hal. Daripada hal belajar sampai hal relationship. Semua disampaikan kepada aku.

Apa aku boleh buat? Aku cuma boleh mendengar, dan memberi respons dan pendapat. Itu sahaja.

Adakah aku ini seorang pendengar yang baik? Entahlah, tetapi bagi aku, seseorang yang mendengar luahan hati member mestilah:

1.Tidak mempersendakan apa yang didengari
2.Menjaga rahsia
3.Beri respons sebaik mungkin, bertujuan untuk menolong member
4.Jangan berlagak
5.Jangan gelak

Aku tak kisah kalau nak sharing dengan aku, sebab setiap orang perlukan tempat melepaskan perasaan. Aku sedia memasang telinga.

3.Aku benci orang kutuk belakang

Honestly, sudah banyak kali aku sebut pasal benda ni. Aku tak suka orang kutk belakang. Aku tak kisahlah kalau kau nak cakap tak puas hati dekat mamat sekian-sekian, tetapi jangan provoke orang lain supaya benci budak ni.

Sebab itu umat melayu tidak maju.

Kita suka pandang kelemahan orang lain, teatpi kita tidak melihat diri kita ini. Tidak pula kita mengingati jasanya pada diri kita.

Believe me, nobody's perfect.

Tak kisahlah kalau dia itu pelik, sombong, berlagak, bodoh atau kurang akidah, apa hak kau untuk menyatakan dia tidak layak menjadi rakan aku. Kau tak tahu, ada lagi berpuluh-puluh jari menuding jari ke atas kau.

Akhirnya, terjadilah norma komuniti melayu, saling benci-membenci. Memang betul, rasa tidak puas hati ada di mana-mana sahaja, tetapi tolonglah jangan provoke orang lain untuk boikot atau pulau sesiapa. Senang cerita:
Jadi insan terhebat di muka bumi ini, walau beribu suara menjatuhkan semangat untuk menjadi yang terbaik

Selamat malam.