Friday, March 18, 2011

Necessity

Kebahagiaan itu sesuatu yang penting atau kehendak?

Aku masih boleh hidup walau ia tiada

Setiap detik menitiskan air mata

Kenapa setiap yang aku lakukan salah

Perasaan kecewa tidak terkira

Tompok hitam membasahi hati

Saudaraku menuding jari ke sini

Menyalahkan aku setiap perkara


Kebahagiaan itu sesuatu yang penting atau kehendak?

Menonton facebook, menonton komunikasi orang lain

Meratap kemanisan dan kepahitan hubungan

manusia kini


Kebahagiaan itu sesuatu yang penting atau kehendak?

1001 hal dan perkara mengejar aku di belakang

satu tertinggal, dimaki hamun

satu dibuat, semua tertinggal

Kebahagiaan itu sesuatu yang penting atau kehendak?

Aku tidak bersosial, dipanggil senyap

Aku tidak bersosial, ditolak sana sini

macam batu dan guli

Bila aku berkata, pasti dipotong kataku

Bila aku berusara, pasti disuruh senyap

Bila aku berbual,

pasti tidak dilayan


Kebahagiaan itu sesuatu yang penting atau kehendak

Lebih baik aku melenyapkan diri

Lebih baik aku tak dikenali

Lebih baik aku tidak ditemui

Jika kebahagiaan yang engkau cari

Aku bukan nilai, dalam minda engkau

Aku cuma patung bodoh untuk kau ditemani bila kau sunyi.



ps*malas nak buat pos pepanjang, sajak seposen pun jadilah.

Monday, March 7, 2011

Shock and awe

Aku tak tahulah, sejak aku kecil, aku ada satu perasaan yang amat memalukan.

Tapi hari yang mulia ini, aku nak share dengan korang semua, khas untuk pembaca blog ini.

Aku seorang yang cepat blushing... bila aku nampak seorang perempuan yang agak top atau 'fair' paras rupa.

Dalam agama Islam, tak salah kalau nak kahwin perempuan sebab muka dia agak hot. Tak dosa beb.

Rasullulah SAW turut menyuruh kita memilih pasangan dengan melihat tangan dan mukanya. Jadi tak salah la kalau nak tengok sekali dua.

Tapi itu problem aku. Bila aku nampak seseorang itu lebih 5 saat yang aku minat rupnya, hati aku ini berdegup kencang.
Adrenalin dilepaskan. Jiwaku berkocak bagai gempa bumi di indonesia.
Aku akan terbeliak dan irisku terbuka luas. Dan si gadis itu pasti akan perasan dengan reaksi aku.

Sebab itu aku tidak suka melihat para perempuan. Aku sekurang-kurangnya akan . Kadangkala, aku rasa macam para perempuan berfikir lain tentang aku.

"budak tu pandang aku ke, budak tu perasan aku usha dia?"
"Kenapalah budak tu asyik pandang sini je?"

Blushing ni sesuatu yang negatif atau positif? Itu you all decide sendirilah.

Aku bukannya pedophile atau perogol bersiri yang menerkam setiap kaum hawa yang aku jumpa. Aku cuma  TERLALU khushuk melihat keindahan para wanita kurniaan Ilahi.

Aku cuma malu nak jumpa perempuan,  takut nanti aku tenung dia lama-lama. Ingat, malu dan minat adalah dua konteks yang berbeza. Tidak semestinya kalau muka cun tapi perangai lancau macam haram.

"habis kenapa ko tak kapel che-er?"

Wei, mulut kau tu tiada insurans ke? aku tak nak berkapel buat masa sekarang sebab:

1.Abang aku dapat straight 10 A1, juga tak bagi aku kapel, nanti result teruk. Ramai member dia kantoi SPM sebab habiskan banyak sangat masa dengan awek

2. Sampai mana sahaja kalau aku kapel pun, kalau aku pergi overseas? Kalau aku pergi Sabah/Sarawak? Kalau dia pindah england?
Kalau maut di ajal tuhan?

Banyak sangat persoalan untuk pertimbangkan kes ini. Aku tidak katalah yang sedang berkapel ini rugi, tapi fikirkanlah, segalanya qada dan qadar. Lebih baik kahwin terus atau ambil masa berkapel dan berpacaran dalam masa singkat dan terus kahwin

3. Tiada seorang yang minat aku, dan orang yang aku minat benci aku. Tutup cerita.

4.Imej orang yang sedang berkapel di sekolah aku

Aku banyak menyaksikan, 1001 adegan orang berkapel (istilah anda semua), bercintan-cintun di sekolah. Ada yang seolah-olah ada konflik yang besar sanbgat untuk diselesaikan. Come on lah, sebenarnya sengaja dibuat konflik itu, supaya dapat berjumpa bersama selalu di tepi kelas. Ada juga konflik itu dibesar-besarkan dan disebarkan melalui kawan. Nanti bolehlah kerek dengan member, buat kapel itu menjadi paling hot dibualkan di asrama, kantin, bilik guru, warden dan sebagainya:

"aku ada masalah dengan XXXX, biol kepala otak aku ni" (dipetik daripada dialog benar)

Aku tidak faham melayu zaman sekarang, banyak masalah nak cari masalah lagi sebab nak hidung tiggi dengan orang lain. Simply bodoh. Aku fed-up dengan manusia begini.

Ada juga sahaja berbual kosong di tepi pintu kelas pada waktu prep. Kalau slow aku tidak kisah sangat, nak bercium pun aku buat bodoh jugalah.

Tapi kalau suara kau tu macam hon lori, baik kau sembang dekat padang je. Nak study Biologi macam tepi pasar malam.

Stop this madness.

Saturday, March 5, 2011

Kapel vs Kawan

Hari ini, aku nak buat comparision yang tidak bias iaitu kapel dengan kawan. Enjoy.

Kapel
Kena pandai ayat sweet, tak boleh guna ayat kasar, intonasi kena jaga, mencarut apatah lagi?
Kawan
Tak kisah walau seteruk mana gaya bahasa, mencarut itu menjadi satu kewajipan.

Kapel
Kena pandai buat bajet kapel bila keluar bersama, nak buat pra-rumah tangga la katakan.
Kawan
Saling kopak-mengopak duit member.

Kapel
Kalau tak puas hati, clash
Kawan
Kalau tak puas hati, mengumpat atau gaduh di belakang surau. YAGDISH!

Kapel
Nak kapel, kena pandai usha, cari secret admirer lepas itu buat declaration lagi. proses hantar surat/sms. Panjang prosesnya, macam nak bukak akaun BSN.
Kawan
Pakcik driver bas yang baru sembang lima minit pun sudah dinggap kawan

Kalau rapat gila?
Kapel
"tengok tu, sweetnya diorang berdua....macam citer korea la"
Kawan
"biasalah, sekarang dah berapa banyak homoseksual kat luar sana tu"

Kapel
Boleh keluar berpasangan sahaja. Kalau sampai bertiga tu dah pelik la.
Kawan
Keluar sampai 50 orang pun tak kisah. Istilah one pack namanya tu.


Kapel
Nak sembang, sweet talking kat kedai mahal seperti secret recipie, chilliesw dan restoran mahal lain. Kalau tak emamng kena dump, tiada 'class'.
Kawan
Sembang mana-mana pun boleh, bahkan di tandas sekalipun.