Monday, November 29, 2010

Kaum Hawa main game?

Malam semalam, memang syok aku sembang dengan ex-student SKBB, sekolah rendah lama aku. Banyak betul kenangan manis, orang yang aku lupa, peristiwa penting (aku kena buli masa darjah 3 sampai nangis). Sampai pukul 4 pagi, tinggal 3 orang yang masih setia dengan ruang bual group Ex SK Batu Belah 2001 - 2006.


Aku ajak Rusdi, main DOTA di Garena, tetapi beliau malas. Tiba-tiba, Nabila Shah bersuara:


AKU SUKA MAEN GTA 
Aku BELLA. Ada hal dengan aku?


Tergamam aku. Seorang perempuan main game GTA? Wow. 

Aku tak biasa dengar perempuan main game. Bagi aku, perempuan lebih suka aktiviti sosial yang lebih kepada berbual dan hanging-out bersama rakan. Aku salah.


Aku bertanya:

pompuan suka main game ek?


AKU MEMANG GAMER LA
JANGAN FIKIR PEREMPUAN KETINGGALAN ZAMAN


In fact, dia juga bermain Army Of Two, Call Of Duty (my faveret too), CS dan sebagainya.
Dan dia main PS3. DOUBLE WOW. Perempuan main FPS (First Person Shooter). Mungkin trend masa kini dah berubah?
Call Of Duty. Amat menyeronokkan bagi aku. Bagi perempuan pun best? COOL.



Setahu aku, kebanyakan lelaki yang suka bermain game ini hadapi masalah disebabkan awek mereka sendiri. Mereka tak suka bf mereka jadi gamer yang nerd dan memang tak suka main game.

Zaman dah berubah ya?

No comments:

Post a Comment