Sunday, November 14, 2010

Blog Update: November

Setelah sekian lama bersama blog ini, aku masih cuma ada 5 follower. Tapi aku tak kisah tentang follower ataupun bilangan hits yang diterima. Aku cuma mahukan idea bernas dan artikel yang kaya informasi dipaparkan.
1. Penulisan pos

Tunggu dulu, kenapa aku guna ayat 'skema'? Nanti blog ini nampak hodoh, tak ikut perkembangan zaman. Kolot dan tidak menarik.

Aku tak faham, seronok ke membaca blog menggunakan akronim internet dan komunkasi ringkas. Mislanya, LOL, fyi, wtf dan sebagainya. Pastikah seseorang itu akan gelak berdekah-dekah selapas beliau menulis LOL (laugh out loud)?

Aku tak suka tulisan ringkas dalam blog aku. Mulai hari ini, semua pos dan artikel ditulis dalam bahasa MELAYU PENUH. Buat apa aku membog tetapi mengabaikan bahasa sendiri. Lagipun, kebanyakan blog yang popular ditulis dalam tulisan penuh, dengan unsur kelakar dan menarik minat pembaca.

Betul, aku memang menghadapi masalah ber-sms dan YM dengan member, terutamanya bab tulisan ringkas. AKU tulis penuh, walapun aku menaip macam siput . AKU tak biasa menggunakannya, dan secara peribadi, aku benci sistem tulisan ringkas. TETAPI, bagi ringkasan yang rasmi seperti YM, sms, etc. Aku boleh terima lagilah.

2.Iklan blog

Kebanyakan blog yang aku lawati selalunya mempunyai iklan, ruang sewa iklan dan sebgainya. Secara peribadi aku benci iklan diletakkan oleh pemblog. Aku tak suka. Sebab itu anda tidak menemui sebarang pengiklanan sepeti adsense, advertlets, nuffnang dan sebagainya atas blog aku ini.
Asia's first blog advertising community. Bullshits. Its just community of
retarded greedy blogger without giving a damn to their READERS.

Aku memang benci iklan sejak kecil. Aku tanya ikhlas kepada para pembaca blog aku ini, adakah iklan menceriakan anda?  Buat pengetahuan anda, setiap iklan yang dipaparkan akan melembapkan pc anda membuka blog saya ini. Untuk perumpamaan mudah, anda suka sebuah rumah yang cantik, ditampal poster iklan dan billboard?

Untuk keselesaan dan kepuasan pembaca, aku tak letak iklan yang menyemak. That's all.

3.Layout blog

Aku dah dua hari memikirkan tentang layout blog aku. Header tak sepadan dengan latar blog. Aku pening sampai kepala aku nak jadi botak. Bagi sesetengah manusia, hamba Allah yang kerap bertanya, kenapa latar blog aku ni sangat kosong dan simple? Nampak tak menarik.

Tak menarik? Mengapa sesebuah blog itu nampak menarik? Sebab latar ke? Pundek. Tak mungkin sesebuah blog yang penuh dengan permianan flash dan gimik lagu dapat pengunjung yang ramai kalau lansung tidak memuatnaik pos baru? TAK MUNGKIN.

Aku sengaja buat latar blog ini putih, agar blog ini mudah dibaca pengunjung, dan tak rimas dengan gambar bunga, pensel , cawan dan ...teddy bear? Mangkuk ayun mana nak tengok teddy bear dalam blog? Pengunjung nak baca pos, bukan hiasan. Manusia mengujung rumah saudara bukan tengok kecantikan rumah, tetapi tuan rumahnya. Sama seperti muzium, nak tengok sejarah, bukan nak tenung bahan pameran sampai berjam-jam. Sila faham tujuan sesebuah blog itu dibina, ok?

4.Lain-lain

Basics O Hacking akan dilanjutkan ke hari Selasa untuk part 2 dan juga ditulis sepenuhnya dalam BAHASA MELAYU. 'Mari ber-GIMP' akan dipos pada hujung bulan.


No comments:

Post a Comment