Saturday, November 6, 2010

Aku tak suka nasib

Aku memang tak suka nasib. Nasib? Ia sesuatu yang abstrak, tak boleh dinilai, dan memang aku bencinya.

Perkataan nasib sentiasa diguna pakai oleh orang yang putus asa, malas usaha, tak guna, dan aku memang benci orang sebegini.

Contoh:
'Apa nak buat, memang nasib aku malang'

Nasib kau malang? Kadang-kadang, aku rasa, siapa kau nak kata nasib kau malang? Bukan kita semua dah belajar PAI, qada' dan Qadar tu di tangan Allah ke?

Setiap yang kita lakukan mestilah berdasarkan usaha dan diiringi doa, kemudian baru tawakal kepada Nya.

Nasib pun memang aku benci dari aspek game, contohnya DOTA (kalau anda tidak tahu permainan ini, anda memang hidup dalam gua).




Contoh Hero yang mempunyai unsur nasib ialah Naga Siren. Jika anda masih garu kepala apa yang saya cakapkan, tak payahlah nak baca perenggan ini.
Anda diberi pilihan mempelajari untuk teknik 'Critical Strike'. Masalah teknik ini, hanya 2.5% kemungkinan critical strike akan berlaku semasa menyerang. Dan, saya memang anti sistem nasib ni. Siapa yang tentukan nasib criical strike ni? Komputer? Adil ke komputer ni?

Dan paling aku benci tentang nasib ialah peraduan beli-air-tengok-penutup. Aku memang anti peraduan sebgini. Bmw? Motosika Kriss? Anda tak tahu ke peraduan ini dianjurkan sebagai cara judi dan pemasaran. Sesiapa sahaja yang mempercayai nasib menyebelahi mereka, adalah orang yang memang tak belajar matematik (probability). Aku memang tak kisah kalau korang nak beli sebotol untuk cuba kalau ada tuah. Tuah ayam di kaki tuah manusia siapa yang tahu (tuah dan nasib adalah dua item yang berbeza)
Tapi kalau sampai beli lima kotak air botol besar, tu memang haram jadah. Memang bodoh dan memang tidak memiliki 'sense of mind'. Baik kau guna duit tu, buat amal jariah, menabung.
Nanti boleh beli Bmw:)

Aku benci nasib.

Nota pemblog: jika anda hairan dengan penulisan saya, hal ini akan dipos pada masa akan datang

No comments:

Post a Comment