Saturday, January 15, 2011

Kolot

Malam ini sebenarnya nak share benda yang istimewa. Sudah taip gila babi panjang dalam tablet, wifi ngan P1 aku kena ngap. Tak bayar. Memang gawat ekonomi sekarang.

Namun, aku terpaksa taip semula dengan modem pinjam (thanks achik for lending the modem!).

Isunya satu sahaja. Kolot.

Aku tak faham mengapa setiap suatu benda yang selalu amalkan, menjadi salah di pandangan manusia 'kolot' ini. Aku tidak mengerti. Sebagai contoh:
seluar jeans haram
Kenapa haram? Pakaian orang kafir.

WTF. Sehinggakan ada ex-student sekolah aku dipandang pelik kalau pakai seluar jeans. Semuanya kerana kolot. Terlalu ikutkan perasaan.

Sepatutnya generasi veteran memberi ruang kepada golongan muda mempunyai cara hidupnya tersendiri. Bukankah itu perubahan? Takkanlah sampai kena ikut satu persatu apa yang dibuat zaman dahulu betul?

Dunia bergerak seiring. Seiring dengan generasi manusia. Mempunyai identiti masing-masing. Bagai genre dan lagu. Bagai bau dan bunga. Ada nilai dan keunikannya yang tersendiri.

Takkan kita nak dominasi pelajar sehingga menghalang perubahan arus zaman. Itu satu tindakan yang begitu tidak praktikal. Tidak maju.

Takkan nak halang beberapa orang muda mengadakan kugiran. Dengan alasan:
kugiran ini lebih kepada kebaratan. Lebih baik bernasyid
Takkan nak halang taikun cina yang begitu kaya membeli tanah setinggan melayu membangunkan bangunan dan pencakar langit. Mengapa bukan kau yang menjadi kaya dan megatasi taikun cina tersebut? Alasannya:
tanah melayu ini kita punya.
Mengapa hendak mencari kesalahan? Mengapa menyalahkan apa sahaja di bahu perubahan zaman? Mengapa mempertikaikan sesuatu yang sudah lepas? Lihat sekarang, mengapa kita tidak setanding dengan kaum lain?

Jawapan hanya satu: tajuk pos ini

Sepatutnya pemikiran kita maju. Mencuba sedaya upaya hidup dengan tali arus abad ke-21, bukannya mendatar sama hingga kita dianggap kolot. Pada masa yang sama, mengekalkan keislaman dan iman di dada tanpa melupai adat melayu yang dipegang hingga kini.

Lihat sendiri Jepun. Walaupun negaranya begitu maju dan pesat dengan kemodenan, mengapa mereka boleh mengekalkan tamadun asia, adat jepun dan keagamaannya. Sehinggakan adatnya diikuti oleh semua manusia seantero dunia mempelajari di 'culture school'

Sebab mereka berjaya menjadi negara maju hanya satu: Mereka tidak kolot.

1 comment:

  1. Kolot itu boleh jadi disebabkan jumud dan taksub, serta bebal dan tak endah.

    Kaedah hukum fekah sendiri pun menyatakan "Asal segala perkara adalah harus"

    ReplyDelete