Friday, January 28, 2011

Honesty best policy


Memang budus la sesiapa yang tidak pernah mendengar ungkapan ini. Sejak kita lahir, kejujuran memang menjadi tabiat kita. Sebab itulah orang selalu berkata

"budak kecik mana tahu menipu"

Tetapi bila sudah besar panjang, akal pun sudah matang, mesti tergerak hati hendak menipu. Paling kurang pun menipu tak nak mengaku tak siap nota PAI.

Bila menipu ni, tak manis dipandang orang. Mungkin benar, kita menipu kawan kita sendiri, semata-mata hendak jaga 'relationship' kononnya. Tapi kalau kantoi?

Tak ke malu depan orang ramai? Dari jadi kawan terus jadi lawan. Tak baik menipu ni (termasuk juga berpura-pura), lagi lagi bila sembang baik dengan member, bila dah tak jumpa mula buat 'back story' dekat orang lain. Depan buat muka manis, belakang buat muka lancau. Memang haram jadah orang macam ni.

Aku tak kisah kalau semua nak cakap apa yang tulus dalam hati. Macam member aku seorang ni, Jep, tegur aku yang aku ini lemah bab agama. Aku sedar, dan aku cuba ubah.

Tapi kalau menipu, cakap aku ni budak pandai, cakap aku ni budak peramah. Memang sah kaki puji, makan kawan.

Aku tak kisah kalau kebenaran kau itu disampaikan kepada aku, walaupun 'truth' itu menyinggung perasaan aku. Kalau 'truth' itu sesuatu yang memalukan diri kau, aku akan simpan sebaiknya.

Cakap benar ini memang susah, Nabi Muhammad SAW sendiri membina Islam sejak kecil, baginda sentiasa bercakap benar dan tidak pernah menipu. Tetapi Nabi Muhammad sendiri menempuhi segala dugaan dalam menyebarkan kebenaran, diludah, dihatar pembunuh dan sebagainya. Berani kerana benar, takut kerana salah.

Senang cerita, orang menipu ni kalau kantoi, memang susah hidup cari kawan seumur hidup. Memang kena sisih, kena pulau sebab hilang kepercayaan. Tak usah menipu, fahami orang lain, fahami perasaan dan sebut kebenaran.

Kalau seseorang itu pernah menipu kepada aku, dan hendak make-up balik dengan cerita yang sebenarnya, aku akan bersedia bila-bila masa. Buat apa hendak rasa bersalah, sedangkan kesalahan itu satu nasihat. Hanya sama ada kita sedar atau tak, membezakan ianya nasihat ataupun tidak.

- Posted through iPod. Bleh.

2 comments: