Friday, January 28, 2011

What makes you considered dumb?

Assalamualaikum kepada pembaca laman sesawang sekalian. Pada hari ini, saya telah memuatnaik pos pertama tahun ini. Maaf kerana lambat meng'update' laman aku ini. Dengan sekolah asrama yang (langsung) tiada talian internet, tambahan pula tak sentuh lansung komputer untuk dua minggu ini.

Ingatkan balik boleh melayar internet, aku silap. Talian P1 aku telah dipotong. Celaka.

Tapi aku sudah biasa dengan hal sedemikian. Aku sabar. Laptop tak dapat, ustaz tak bagi buat band performance di sekolah, jamban rumah aku tak boleh flush, kelas tidak ada lampu dan kipas untuk lima hari (semua cikgu dok goyang kaki). Dan terus bersabar. Dan bersabar.

Ini membawa aku ke point pertama.

1.Mudah hilang sabar

Orang yang suka hilang sabar ini memang bodoh. Lagi lagi kalau dirinya lebih tua daripada orang lain, mahupun lebih tegap. Kesabaran ini lebih kepada perisai diri, menunjukkan kepandaian mengatasi tekanan dan salah satu 'soft skill' penting sekiranya anda ini jadi kerja di khidmat sosial.

Aku pernahla bekerja dengan beberapa manusia di sekeliling aku ini. Mungkin seseorang itu baik, bagi coklat, open makanan dengan kita tapi pernahkah kita menyelesaikan sesuatu masalah dengannya? Kita ambil contoh mudah program orientasi budak freshmen.

Aku tak suka kerja team bila buat sesuatu benda. Bukan cara aku. Sebab nanti setiap kerja yang dibuat, mesti ada yang tak puas hati. Terutamanya bila kau jadi orang bawahan.

'che-er, kalau benda ni jadi salah, siap kau'

Sama juga bila masuk nasyid,
'ko lupa lirik, aku tumbuk muka kau'

Aku tak faham, kau siapa?
Aku faham aku ni tak sehebat kau, jadi cuba tingkatkan sikit kesabaran tu bila kerja sepasukan. Duh.
Sebab tu aku tak suka kerja berpasukan. Mesti ada yang bebel tapi goyang kaki, ada buat kerja tapi tak bagi idea, ada
yang bagi idea melimpah limpah malu nak present di hadapan.

Kerja berpasukan perlu kesabaran. Kalau marah atau tengkingan timbul bila together buat kerja, memang feeling of fun akan spoil begitu sahaja. Memang lansung tiada nilai professionalisme.

2.Sombong

Sombong. Perkataan yang menghantui umat manusia sejak azali (bongkak dan lagak juga termasuk dalam senarai ini). Bila kita sombong, memang secara automatik orang sekeliling pandang pelik sebab menunjukkan kebodohan diri sendiri.

Kes pertama:
Aku ada seorang cikgu, meng'klaim' diri sendiri sebagai 'gengster' dan bergaya kasar seperti pahlawan melayu. Dan aku ingat lagi perkataannya di kelas saban hari.

'saya gengster'

Dia ni juga pernah tarik kolar seorang pelajar, dengan muka bengis. Pernah juga hamba allah ini seraya berkata pada aku.

'jangan jadi kurang ajar dalam kelas saya'
Aku tak faham. Aku cuma letak kepala aku kat lengan, sebab cara dia ajar AMAT membosankan (penglipur lara yang membacakan semula buku teks). Aku tak tidur lagi, sudah kena sound. Gaya dia ini memang gaya tipikal lagak melayu, yang bangga dengan dirinya sendiri. Bangang.

Aku tidur bukan sebab kurang ajar. Aku tidur sebab kau bosan.
Sebab itu jangan kita sekali kali sombong. Tiada faedah lansung. Nak jadi cikgu, tak bolehkah tunjukkan contoh yang baik? Aku tahu kau bagi aku ilmu, jadi bagi layanan macam nak bagi ilmu. Bukan gaya pembuli, atau pekida, atau orang jaguh gaduh di kampung. Kau tu golongan pendidik, bukan golongan sampah masyarakat yang hidung tinggi.

Bila kita berilmu, tunjukkan sikap kita orang berilmu. Sesiapa sahaja boleh jadi pandai, tapi tak semua orang bersikap macam orang pandai. Get the point.

Sebab itu aku merendah diri.

*Kau pegang perut boroi aku, aku tak kisah, sebab kau kurus.
*Kau panggil aku bodoh, aku tak kisah, sebab kau pandai.
*Kau 'kondemn' kelemahan aku main basketball, aku tak kisah, sebab kau PRO GILER BABI main di gelanggang dan cuba sedaya upaya tak mahu pass bola pada aku.
Aku tak pernah kisah.

Mengapa? Walaupun aku ini tak kuat agama, aku tahu segala di dunia hanya sementara. Ada kehidupan yang kekal abadi menanti di syurga.

3.Malas

Aku tak suka golongan ini. Malas. Masa balik ke rumah, teringin aku nak beli burger. Ternampaklah satu gerai burger Ramlee di Klang Sentral. Tapi ada satu masalah.

Gerai itu tiada orang. Tak berjaga.

Rupa rupanya, penjaga gerai itu sedang melepak di gerai sebelah. Hampir 1 jam aku tunggu baru sedar dia tengah berborak dengan rakannya sambil menghirup air milo. Ini antara contoh kenapa orang Melayu susah dalam perniagaan.

Malas. Sebab itu mereka suka gaji tetap. Mereka tak kisah prestasi pekerjaan kepada syarikat ataupun kerajaan, melpaskan perut daripada kelaparan, rumah, kereta dan anak bini.

Kita harus kikis sifat ini. Jangan sampai kaum lain mempertikaikan hak keistimewaan diabaikan oleh kaum melayu sendiri. Sebab itu kita tak pernah maju. Kita malas.

Aku tidak kata aku ini rajin. Aku tidak kata kaum cina dan india tiada yang malas. Tetapi ini hanya teori berdasarkan dalam pandangan pekerjaan, dan itulah senario yang bakal berlarutan hingga ke wawasan 2020. Kita harus bersedia dari sekarang.


Bye.

- Posted through iPod. Bleh.

1 comment:

  1. memang reasptect lah kau brother!
    mengalahkan ketua PRS punya ayat.
    :)

    ReplyDelete