Wednesday, June 1, 2011

Strong, deep and dark comic to read

Hari ini aku nak kongsi dengan readers semua tentang satu komik nih. Bukan sebarang komik seperti Eyeshield 21, Under 18 dsb, tapi komik yang AMAT SERIUS. Sebelum itu:

AWAS! KOMIK INI ADALAH RATING "PARENTAL GUIDANCE". MEMPUNYAI MAKSUD YANG AMAT MENDALAM, MEREKA YANG TIDAK BOLEH MENERIMA LAWAK STEROTYPE, LAWAK KASAR ATAU KOLOT SILA KELUAR SEKARANG. DINASIHATKAN PEMBACA 12 TAHUN KE BAWAH MENDABAT BIMBINGAN DEWASA KETIKA MEMBACA. 

Jangan risau, ini bukannya komik ero dan tiada lansung nilai pornografi.

CLARISSA COMIC
Pelukis: Deep Fried, 2011

Bagi mereka yang memang biasa di laman 4Chan atau Reddit, komik ni memang popular. Komik ni mengisahkan seorang budak bernama Clarissa, yang giler babi tahap gaban pendiam. Semua punca ayahnya yang...melakukan ganguan seksual "sexual harassment". Cerita ni memang menyentuh hati aku, bila baca je mesti terdetik hati aku:

Kejamnya dunia.
Apesal la ade orang cenggini.
Aku benci child abuse.
Sumpah komik ni giler

Komik ni overall best giler la, sifat yang agak matured (aku tak minat komik sengal dan childish). Mungkin some readers taidak boleh terima intipati mesej. But still, komik ini ade seribu satu mesej. Komik ni drawing  sempoi tapi still menraik untuk dibaca.
Cerita ni baru start nak jadi siri pada tahun 2011, so cuba-cuba try google cari episod lain.

Lagi satu komik dalam siri Clarissa boleh dibaca di SINI

Friday, April 29, 2011

I never get lucky. Never will be.

Aku sedar diri aku ni siapa la kan?

Aku tahu kau lebih sempurna dari diriku ini.

Aku tahu aku tidak layak memiliki sesiapa.

Orang lain lebih layak memilikinya.

Aku layak memiliki kespian.

Aku tahu ada yang lain lebih layak untuknya.

Aku tak dapat dia, orang lain punyainya.

Apa guna nak dibincangkan, aku tiada istimewa,

Apa guna nak difikirkan, takdir hitam dalam diri.

Aku hanya tunggul kayu sunyi, menunggu mati.

Apa kau kisah, padan muka aku,

Tidak layak menjadi teman sesiapa di sisi.

Menjadi si malang dalam drama dunia.

Tamat dengan aku tiada "happy ending".

Tak pernah kecewa. Tak peduli. Tak gembira. Tak bersedih.

Aku kosong. Tiada hati.

Friday, April 15, 2011

Pertandingan mencipta bende baru orang tak heran sekolah full asrama 2011 peringkat nasional

Ya inilah apa yang aku ingin sangat nak share dengan readers semua. Satu peristiwa, sekaligus mencoretkan sejarah bermakna, nama sekolah aku bergema di telinga semua SBP satu Malaysia.

Pertandingan Inovasi dan Rekacipta SBP 2011. SMS Machang. 1 April 2011.

Aku cerita dari awal la. nanti readers juga tak faham dengan apa yang aku tulis.

Al-kisah bermula, pabila seorang budak bodoh (tak pernah dapat Elit mahupun Top 10), Muhammad Shahir bin Shahrin nama diberi, bercita-cita ingin mencipta sesuatu yang tidak masuk akal:

Baju Kalis Peluru Daripada Bahan Terbuang. (memang bodoh bukan?)

Dia terus mengejar impiannya itu. Berbekalkan beberapa kain lama, suratkhabar lama dan tin biskut, di memulakan projeknya itu. Projek berjalan dengan begitu banyak cabaran dengan gurunya lansung mengabaikan dirinya itu, bertambah teruk dengan cemuhan orang di sekelilingnya, malahan rakan sekelasnya sendiri mengutuknya:

"che-er bodoh ke hapa hah? Bukan dah ade kevlar ke, macamlah kertas tu boleh stop peluru"
"kah kah kah, baju pakai kertas?"
"sudahlah, ngarut sial idea che-er"
"pakai arrow tu boleh kalis peluru ke?"

Budak ini juga pernah berjanji kepada sekolah:
"Saya akan bawa kemenangan kepada sekolah. Boleh dapat award"

Penolong kanannya menjawab:
"Dapat award? hahahahahahah"
*kisah benar. dialog tidak diedit

Shahir terus memekakkan diri. Dia percaya dengan dirinya. Dia terus membuat kajiannya. Sendiri. Dia usaha hingga menjadi apa yang diinginkan. Siap baju tersebut, dia telah bersedia.

Pada hari kejadian dia terus menuju ke SMS Machang  yang begitu jauh, hampir dengan sempadan Thailand.

Dengan gaya macam salesman tikar, dia terus 'present' baju kalis pelurunya kepada para juri.

Baju ini murah , harga nam hengget. Murah sajo.

Dan ia membuahkan hasil. Sebijik bronze award. Amat bermakna bagi kita semua.

Cerita kejayaannya tidak lekang sampai dua minggu. Bukan hendak membangga diri, tetapi ia satu revolusi dalam kokurikulum sekolahnya.

Moral of the story:

terus terang aku cakap, aku tak puas hati dengan ayat-ayat yang  meng-"condemn" orang lain. Apa yang anda semua dapat kalau jatuhkan semangat orang lain. Tiada apa hasil melainkan dosa. Korang juga yang nanti merasa kemenangan. Memang dialog yang aku tulis tu aku tak ditukar. Tolonglah, lain kali kalau nak kutuk biar buat kajian yang detail. Jangan main lepas cakap, nanti dipandang jelek oleh orang. Kalau pandai tahap gaban menara gading tapi mentality macam orang penan, tak guna juga bro.

Special thanks to:
Ilham Alia (pembantu setia last minit...seriously)
Anis Amira Zulkifli (buat kerja jahit dan menaip)
Izzat Kocorness (tolong kerja team)
Sarjan Mejar Zulfadli (tolong settle kerja ngan polis)
Hasnul Zharif (Support kerja aku dengan bagi idea bernas)
Hairul Aqmal (Support kerja aku)

And aku bagi Super Duper Extremely Special Thanks to;
Najwa (yang menjahit baju aku dari pukul 8 malam hingga 4 pagi)

Kalau bukan najwa yang buat last adjust pada baju aku ni, apa nak jadi ngan projek aku. Thanks to everyone for congratulating me!

and please, jangan buat hepi befday kat aku tetiap hari.

Friday, March 18, 2011

Necessity

Kebahagiaan itu sesuatu yang penting atau kehendak?

Aku masih boleh hidup walau ia tiada

Setiap detik menitiskan air mata

Kenapa setiap yang aku lakukan salah

Perasaan kecewa tidak terkira

Tompok hitam membasahi hati

Saudaraku menuding jari ke sini

Menyalahkan aku setiap perkara


Kebahagiaan itu sesuatu yang penting atau kehendak?

Menonton facebook, menonton komunikasi orang lain

Meratap kemanisan dan kepahitan hubungan

manusia kini


Kebahagiaan itu sesuatu yang penting atau kehendak?

1001 hal dan perkara mengejar aku di belakang

satu tertinggal, dimaki hamun

satu dibuat, semua tertinggal

Kebahagiaan itu sesuatu yang penting atau kehendak?

Aku tidak bersosial, dipanggil senyap

Aku tidak bersosial, ditolak sana sini

macam batu dan guli

Bila aku berkata, pasti dipotong kataku

Bila aku berusara, pasti disuruh senyap

Bila aku berbual,

pasti tidak dilayan


Kebahagiaan itu sesuatu yang penting atau kehendak

Lebih baik aku melenyapkan diri

Lebih baik aku tak dikenali

Lebih baik aku tidak ditemui

Jika kebahagiaan yang engkau cari

Aku bukan nilai, dalam minda engkau

Aku cuma patung bodoh untuk kau ditemani bila kau sunyi.



ps*malas nak buat pos pepanjang, sajak seposen pun jadilah.

Monday, March 7, 2011

Shock and awe

Aku tak tahulah, sejak aku kecil, aku ada satu perasaan yang amat memalukan.

Tapi hari yang mulia ini, aku nak share dengan korang semua, khas untuk pembaca blog ini.

Aku seorang yang cepat blushing... bila aku nampak seorang perempuan yang agak top atau 'fair' paras rupa.

Dalam agama Islam, tak salah kalau nak kahwin perempuan sebab muka dia agak hot. Tak dosa beb.

Rasullulah SAW turut menyuruh kita memilih pasangan dengan melihat tangan dan mukanya. Jadi tak salah la kalau nak tengok sekali dua.

Tapi itu problem aku. Bila aku nampak seseorang itu lebih 5 saat yang aku minat rupnya, hati aku ini berdegup kencang.
Adrenalin dilepaskan. Jiwaku berkocak bagai gempa bumi di indonesia.
Aku akan terbeliak dan irisku terbuka luas. Dan si gadis itu pasti akan perasan dengan reaksi aku.

Sebab itu aku tidak suka melihat para perempuan. Aku sekurang-kurangnya akan . Kadangkala, aku rasa macam para perempuan berfikir lain tentang aku.

"budak tu pandang aku ke, budak tu perasan aku usha dia?"
"Kenapalah budak tu asyik pandang sini je?"

Blushing ni sesuatu yang negatif atau positif? Itu you all decide sendirilah.

Aku bukannya pedophile atau perogol bersiri yang menerkam setiap kaum hawa yang aku jumpa. Aku cuma  TERLALU khushuk melihat keindahan para wanita kurniaan Ilahi.

Aku cuma malu nak jumpa perempuan,  takut nanti aku tenung dia lama-lama. Ingat, malu dan minat adalah dua konteks yang berbeza. Tidak semestinya kalau muka cun tapi perangai lancau macam haram.

"habis kenapa ko tak kapel che-er?"

Wei, mulut kau tu tiada insurans ke? aku tak nak berkapel buat masa sekarang sebab:

1.Abang aku dapat straight 10 A1, juga tak bagi aku kapel, nanti result teruk. Ramai member dia kantoi SPM sebab habiskan banyak sangat masa dengan awek

2. Sampai mana sahaja kalau aku kapel pun, kalau aku pergi overseas? Kalau aku pergi Sabah/Sarawak? Kalau dia pindah england?
Kalau maut di ajal tuhan?

Banyak sangat persoalan untuk pertimbangkan kes ini. Aku tidak katalah yang sedang berkapel ini rugi, tapi fikirkanlah, segalanya qada dan qadar. Lebih baik kahwin terus atau ambil masa berkapel dan berpacaran dalam masa singkat dan terus kahwin

3. Tiada seorang yang minat aku, dan orang yang aku minat benci aku. Tutup cerita.

4.Imej orang yang sedang berkapel di sekolah aku

Aku banyak menyaksikan, 1001 adegan orang berkapel (istilah anda semua), bercintan-cintun di sekolah. Ada yang seolah-olah ada konflik yang besar sanbgat untuk diselesaikan. Come on lah, sebenarnya sengaja dibuat konflik itu, supaya dapat berjumpa bersama selalu di tepi kelas. Ada juga konflik itu dibesar-besarkan dan disebarkan melalui kawan. Nanti bolehlah kerek dengan member, buat kapel itu menjadi paling hot dibualkan di asrama, kantin, bilik guru, warden dan sebagainya:

"aku ada masalah dengan XXXX, biol kepala otak aku ni" (dipetik daripada dialog benar)

Aku tidak faham melayu zaman sekarang, banyak masalah nak cari masalah lagi sebab nak hidung tiggi dengan orang lain. Simply bodoh. Aku fed-up dengan manusia begini.

Ada juga sahaja berbual kosong di tepi pintu kelas pada waktu prep. Kalau slow aku tidak kisah sangat, nak bercium pun aku buat bodoh jugalah.

Tapi kalau suara kau tu macam hon lori, baik kau sembang dekat padang je. Nak study Biologi macam tepi pasar malam.

Stop this madness.

Saturday, March 5, 2011

Kapel vs Kawan

Hari ini, aku nak buat comparision yang tidak bias iaitu kapel dengan kawan. Enjoy.

Kapel
Kena pandai ayat sweet, tak boleh guna ayat kasar, intonasi kena jaga, mencarut apatah lagi?
Kawan
Tak kisah walau seteruk mana gaya bahasa, mencarut itu menjadi satu kewajipan.

Kapel
Kena pandai buat bajet kapel bila keluar bersama, nak buat pra-rumah tangga la katakan.
Kawan
Saling kopak-mengopak duit member.

Kapel
Kalau tak puas hati, clash
Kawan
Kalau tak puas hati, mengumpat atau gaduh di belakang surau. YAGDISH!

Kapel
Nak kapel, kena pandai usha, cari secret admirer lepas itu buat declaration lagi. proses hantar surat/sms. Panjang prosesnya, macam nak bukak akaun BSN.
Kawan
Pakcik driver bas yang baru sembang lima minit pun sudah dinggap kawan. 

Kalau rapat gila?
Kapel
"tengok tu, sweetnya diorang berdua....macam citer korea la"
Kawan
"biasalah, sekarang dah berapa banyak homoseksual kat luar sana tu"

Kapel
Boleh keluar berpasangan sahaja. Kalau sampai bertiga tu dah pelik la.
Kawan
Keluar sampai 50 orang pun tak kisah. Istilah one pack namanya tu.


Kapel
Nak sembang, sweet talking kat kedai mahal seperti secret recipie, chilliesw dan restoran mahal lain. Kalau tak emamng kena dump, tiada 'class'.
Kawan
Sembang mana-mana pun boleh, bahkan di tandas sekalipun.





Friday, February 18, 2011

Early 2011, in a nutshell

Aku tak tahu nak terangkan kehidupan aku untuk tahun 2011, tapi yang pasti, selama satu bulan aku menulis atas kertas kosong dengan seringkas-ringkasnya di sekolah dan tiba masanya aku upload apa yang aku coretkan dari hati.

1.Aku tiada perasaan

First time, tahun ni aku tiada rasa benci atau suka kepada seseorang. Entahlah, mungkin sebab aku sudah begitu biasa dengan setiap karenah batch aku. Aku sudah lali. Tidak kira kau kerek, cantik, sweet, atau menyakitkan hati, aku sudah begitu bosan dengan perkara sedemikian.

Dan perkara yang paling magic berlaku pada diri aku, aku macam menjadikan diri aku ini seorang yang altruistik. Aku lebih mementingkan orang lain daripada diri aku sendiri. Tidak kira kau itu siapa, walaupun beliau itu selalu menyakiti hati aku, aku masih mementingkan kesenangan hatinya.

This is not a joke, aku kalau boleh hendak mati, dan berikan nyawa aku kepada mereka yang lebih memerlukan.

Minggu lepas, aku pergi UM, main scrabble, satu game yang memerlukan anda menyusun huruf atas papan supaya membentuk ayat dan mendapat markah. hendak dijadikan cerita, setiap pusingan akan ditampal kertas berbentuk jadual di papan putih. Sadly to say, ada 300 orang berkerumun dekat satu jadual yang sebesar kertas A4. Memang bergaduhlah nak tengok jadual, kena berhimpit lelaki perempuan.

Seorang urusetia scrabble UMt bersusah payah hendak menampal. Dengan gunting, sellotape dan kertas di kedua-dua belah tangan, terseksa betul beliau hendak menampal jadual itu di dinding dengan segerombolan manusia menghimpitnya dari semua arah. Kesian.

300 orang sekelilingnya hanya tahu merungut, sehingga begitu banyak ayat-ayat kasar dan kotor dilemparkan.

Aku terus mencelah, dan terus menolongnya menampal jadual itu. Beratus pasang mata merenung tingkah laku aku. Setelah siap ditampal, urusetia itu terus mengucapkan terima kasih.

Sebelum aku beredar mengambil seating aku untuk pusingan seterusnya, seorang perempuan cina (yang agak lawa) terus berkata:

'you're a nice person'

Ini bukan kisah palsu ataupun cerita dongeng cinderella. Ini kisah hidup aku. Aku tidak kisah diri aku, asalkan orang di sekeliling gembira dengan hidup mereka.\

2.Aku consultant

Tahun ini, ramai kawan aku selalu memberi luahan hati mereka kepada aku. Semua jenis hal. Daripada hal belajar sampai hal relationship. Semua disampaikan kepada aku.

Apa aku boleh buat? Aku cuma boleh mendengar, dan memberi respons dan pendapat. Itu sahaja.

Adakah aku ini seorang pendengar yang baik? Entahlah, tetapi bagi aku, seseorang yang mendengar luahan hati member mestilah:

1.Tidak mempersendakan apa yang didengari
2.Menjaga rahsia
3.Beri respons sebaik mungkin, bertujuan untuk menolong member
4.Jangan berlagak
5.Jangan gelak

Aku tak kisah kalau nak sharing dengan aku, sebab setiap orang perlukan tempat melepaskan perasaan. Aku sedia memasang telinga.

3.Aku benci orang kutuk belakang

Honestly, sudah banyak kali aku sebut pasal benda ni. Aku tak suka orang kutk belakang. Aku tak kisahlah kalau kau nak cakap tak puas hati dekat mamat sekian-sekian, tetapi jangan provoke orang lain supaya benci budak ni.

Sebab itu umat melayu tidak maju.

Kita suka pandang kelemahan orang lain, teatpi kita tidak melihat diri kita ini. Tidak pula kita mengingati jasanya pada diri kita.

Believe me, nobody's perfect.

Tak kisahlah kalau dia itu pelik, sombong, berlagak, bodoh atau kurang akidah, apa hak kau untuk menyatakan dia tidak layak menjadi rakan aku. Kau tak tahu, ada lagi berpuluh-puluh jari menuding jari ke atas kau.

Akhirnya, terjadilah norma komuniti melayu, saling benci-membenci. Memang betul, rasa tidak puas hati ada di mana-mana sahaja, tetapi tolonglah jangan provoke orang lain untuk boikot atau pulau sesiapa. Senang cerita:
Jadi insan terhebat di muka bumi ini, walau beribu suara menjatuhkan semangat untuk menjadi yang terbaik

Selamat malam.